Ahad, 16 Februari 2014

PRK KAJANG : Pemuda UMNO Buat Persediaan Awal

alt
RAKYAT NEWS
SEREMBAN  - Pemuda UMNO membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor, termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda UMNO Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok.
"Saya akan melihat persiapan awal yang boleh dilakukan. Selain itu, saya juga akan buat tinjauan mesra untuk berjumpa penduduk Kajang," katanya kepada pemberita semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.
Keputusan tersebut dibuat SPR selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan hujung bulan lalu.

Tiada ulasan: