Isnin, 3 Februari 2014

'Presiden MCA patut lawan Anwar di Kajang'

MALAYSIAKINI


 
 
 
Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan supaya MCA lebih berani untuk mempertaruhkan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pilihan raya kecil DUN Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa MPN Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, Liow paling layak kerana memiliki kredibiliti dan sikap mesra rakyatnya yang mampu meraih semula sokongan kaum Cina, lapor Utusan Malaysia.

Bahkan, Mohamed juga beranggapan Liow Tiong Lai adalah calon yang berpotensi mengugat pengaruh kuat ketua umum PKR itu.

“Calon mestilah tokoh nasional. Maka, individu paling layak ialah Tiong Lai sendiri kerana beliau mempunyai kredibiliti dan bersikap mesra rakyat.

“Sebagai presiden MCA yang baru inilah peluang untuk beliau menguji pengaruhnya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan.

Mohamed juga menyarankan Liow mencontohi Datuk Abdul Ghani Othman yang menolak kerusi selamat untuk menentang penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi Kajang kosong selepas bekas ADUN kawasan itu meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Tiada ulasan: