Jumaat, 14 Februari 2014

Jangan jadikan TYT Sarawak jawatan kebal dari dakwaan

KEADILAN DAILY


rafizi


PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jawatan Tuan Yang Terutama negeri Sarawak bukan kekebalan untuk mengelakkan diri dari didakwa di mahkamah.

“Kita tak mahu institusi itu diheret ahli politik bagi tujuan salah guna untuk mendapat imuniti (kekebalan)
“Jawatan TYT itu satu jawatan mulia di mata rakyat dan sebahagian daripada Majlis Raja-raja, dipandang tinggi dan dihormati.

“Apabila ada bakal TYT atau pun di masa hadapan, seseorang diheret ke mahkamah khas kerana kedudukan atas salahlaku asuah, sudah tentu ia akan mencemar inssitutsi TYT itu sendiri,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Pakar perlembagaan, Dr Aziz sebelum ini menyatakan seseorang gabenor negeri tidak semestinya seseorang itu kebal daripada sebarang pendakwaan.

Kata Aziz, walaupun gabenor yang bertarafvraja Melayu kebal dari prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182
Perlembagaan Persekutuan.

Namun Rafizi, walaupun ada jaminan tersebut, tindakan awal perlu diambil melalui pendakwaan apabila seseorang itu dibelenggu dakwaan rasuah.

“Adalah tidak bertggjawab sekiranya Perdana Menteri Najib Razak teruskan (rancangan) Taib Mahmud menjadi TYT sehngga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tidak ada apa-apa dakwaan rasuah.

“Jangan luluskan (pelantikan) kepada DYMM Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang Taib Mahmud sebagai calon TYT,” tegas Rafizi.

Tiada ulasan: