Khamis, 6 Februari 2014

Jaafar Shamsuddin dilantik Pengarah Jentera PRK DUN Kajang

Oleh : AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: PAS Selangor melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pada 23 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad melalui satu kenyataan media.

“Sukacita dimaklumkan bahawa PAS Selangor sudah melantik Jaafar sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi PRK DUN Kajang,” katanya.

YB Iskandar 1Sehubungan itu, Iskandar berkata, Bilik Gerakan Utama PAS Selangor adalah di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang.

Petugas PAS daripada dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang boleh menghubungi Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS DUN Kajang, Mohd Shariff Din, di talian 013-3883700 untuk penyelarasan.-NFN-

Tiada ulasan: