Isnin, 10 Februari 2014

Hampir kecoh lepas ceramah Rafizi

MALAYSIAKINI





Kekecohan hampir tercetus di Bukit Gedung malam tadi sewaktu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu meninggalkan lokasi itu selepas memberi ceramah mengenai pilihan raya kecil DUN Kajang dan kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Selepas bercakap kepada pemberita selama kira-kira lima minit selepas ceramah 40 minit dalam kawasan kejiranan di Bayan Baru itu, seorang lelaki tua menghampiri Rafizi untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah perumahan di negeri ini.


Menurut lelaki tersebut, sebuah rumah di Waterfall Garden akan dirobohkan pada 28 Februari.

Beberapa ahli NGO lain, termasuk Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) ketua Aminah Abdullah , juga cuba menghampiri Rafizi.

Turut serta dalam kumpulan itu, pihak yang sering terlibat dalam perhimpunan anti-Pakatan di negeri ini sejak gabungan itu mengambil alih kuasa pada 2008.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan itu dikawal ketat oleh para penyokongnya termasuk MP Bayan Baru Sim Tze Tzin yang membawanya melalui orang ramai ke arah kereta Toyota Camry yang sedia menunggu untuk menghantar dia pulang.

Ketika beliau memasuki kereta, ketegangan meningkat apabila anggota PKIM mula mengelilingi kenderaan itu sebagai menyatakan rasa tidak puas hati kerana Rafizi enggan meluangkan masa menyantuni mereka.

Rafizi bagaimanapun kemudiannya keluar daripada kereta dan berkata: "Saya telah menerima memorandum kamu dan akan menelitinya".

Tiada ulasan: