Isnin, 17 Februari 2014

BERSIH 2.0 lancar DART perjelas isu persempadanan semula pilihan raya

Oleh: Mohd Ezli Mashut


KUALA LUMPUR: Rakyat dialu-alukan untuk datang ke pameran bergerak Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) bagi mempelajari isu persempadanan pilihan raya sebagai persediaan bagi kawasan pilihan raya masing-masing.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata persempadanan  dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.

maria chin bersihKata Maria persempadanan yang dilakukan sebelum ini, sebahagian besar tidak dicabar dan tidak mencerminkan kehendak rakyat.

“Perlembagaan Persekutuan; Jadual 13 membolehkan bantahan cadangan sempadan SPR daripada pemilih terjejas jika ada perwakilan seramai 100 atau lebih pemilih.

“Oleh itu kita perlu menggunakan peluang ini diberikan kepada kita jika kita mahu keputusan pilihan raya mencerminkan aspirasi rakyat, dan kita berpeluang menyetarakan padang permainan ini melalui DART,” katanya dalam sidang media.

Maria berkata, projek itu akan bermula dengan pelancaran pada Sabtu ini di Johor Bahru, dan pelancaran peringkat Kebangsaan pada 9 Mac (Ahad) di Petaling Jaya, diikuti dengan lawatan di seluruh negara di bandar utama.

Manakala di Pulau Pinang, Projek DART akan diadakan pada 30 Mac ini.

Naib Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann, mesyuarat awam seluruh negara akan berfungsi untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai lima hingga 10 sukarelawan yang berdedikasi untuk membentuk pasukan DART.

“Kumpulan teras ini akan mengatur dan memimpin perwakilan 100 pemilih di kawasan mereka.

“Pasukan teras juga dilatih dalam bengkel kerja DART, mereka diberi pengetahuan undang-undang dan pilihan raya serta peta yang diperlukan, untuk mengukuhkan bantahan,” katanya.

Butiran penuh projek dan pameran bergerak DART boleh diperolehi dalam laman sesawang BERSIH 2.0 apabila projek ini dilancarkan pada 22 Februari 2014.EZY

Tiada ulasan: