Sabtu, 15 Februari 2014

Banjir di Sabah : Lebih 4,000 Mangsa Dipindahkan

Rakyat News
 
RAKYAT NEWS


KOTA KINABALU - Lebih 4,000 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan banjir di Dearah Beaufort dan Tenom.

Daripada jumlah itu, 2,549 orang daripada 500 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir di Tenom manakala 1,963 orang daripada 613 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Beaufort.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Tenom ketika dihubungi berkata 29 kampung di daerah berkenaan masih terjejas banjir.

Bagaimanapun, menurut jurucakap berkenaan, empat pusat pemindahan banjir di daerah itu iaitu Rumah Kebudayaan Kg Kalasasan, Rumah Kebudayaan Kampung Sindungon, Rumah Kebudayaan kampung Inubae dan Rumah Kebudayaan Kampung Labut ditutup.

Di Beaufort, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, Mohd Sahid Othman berkata jumlah mangsa di daerah berkenaan dijangka bertambah berikutan paras air di kawasan kampung masih meningkat meskipun paras air di Pekan Beaufort menunjukkan sedikit penurunan.
 
Rakyat News
 
Sementara itu, Mohd Sahid berkata 138 orang daripada 40 keluarga yang tinggal di antara Kampung Batu 60 hingga Batu 63 belum dapat dipindahkan kerana keadaan air Sungai Padas yang deras.

Katanya, mangsa berkenaan kini berada di kawasan tanah tinggi dan keadaan mereka terus dipantau anggota penyelamat.

"Saya juga memohon kepada semua pihak supaya dapat memberi sumbangan khususnya kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan ini yang memerlukan bantuan seperti selimut, bantal, pakaian dan lain-lain keperluan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah ketika ditemui di sini berkata 15 sekolah di Tenom, 19 buah di Beaufort dan dua lagi di Keningau, membabitkan lebih 6,000 pelajar, masih ditutup berikutan banjir di daerah berkenaan.

Katanya, semua pegawai daerah juga diarah membuat laporan kepada Jabatan Pendidikan Negeri mengenai sebarang kerosakan yang dialami di sekolah masing-masing yang dilanda banjir termasuk kerosakan buku teks.  Foto - Facebook

Tiada ulasan: