Ahad, 16 Februari 2014

Adun Naning patut letak jawatan, disiasat SPRM

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mendesak ADUN Bukit Naning, Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, PKR Johor memandang serius isu ini dan mengarahkan anggota parti membuat laporan kepada SPRM supaya satu siasatan segera dapat dilakukan.

SPRM Siasat Umno

“Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang berkata Ketua Umno Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib dan ADUN Bukit Naning digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

“Pada masa yang sama, Adun Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegasnya, politik wang yang cukup kronik dalam Umno tidak akan sekali-kali dibenarkan merebak dalam PKR terutama menjelang Pemilihan Parti 2014 sepert yang termaktub dalam undang-undang yang digariskan Jawatankuasa Pemilihan Parti  (JPP).EZY

Tiada ulasan: