Oleh Arif Juhani
PEKAN : Rakyat perlu menilai kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang takut berdepan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program debat manifesto yang menjurus kepada kepentingan rakyat.
“Jemputan itu dibuat sempena kehadiran Anwar ke Felda Chini 1 semalam. Saya juga difahamkan, Najib juga turut berkempen di situ pada hari yang sama.
“Apabila dia (Najib) tidak menyahut jemputan itu, sudah pasti penduduk setempat kecewa kerana Najib gentar di kubu kuatnya sendiri.
“Ini juga membuktikan beliau hanya berani menyerang Pakatan Rakyat dan manifestonya dengan menggunakan media Umno BN seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tetapi apabila diminta ke pentas debat dalam kawasan sendiri, beliau terus berdalih.
“Berbeza dengan Anwar yang bukan sahaja sanggup berdebat, malah berani datang ke kubu kuat Umno BN itu untuk berdepan dengan Najib,” katanya pada kenyataan.
Fariz menambah, sepanjang berkempen di Parlimen itu, apa yang dilihat adalah penderitaan rakyat Pekan yang benar-benar menyayat hati kerana ia hanya ‘indah khabar dari rupa’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan