MSO
Antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada sesebuah parti
politik dalam pilihan raya ialah isu-isu yang dimainkan. Isu semasa
cukup penting tidak kira dalam aspek apa saja. Kalau boleh diberikan percentage
isu akan memberi sumbangan 30 peratus untuk kemenangan. 30 peratus lagi
ianya datang dari manifesto atau janj-janji yang dibuat yang dicampur
dengan pencapaian sesebuah parti atau kerajaan.
Manakala yang lebih kira-kira 30 peratus lagi ianya bergantung kepada
batang tubuh calon. Keperibadian atau syaksiah calon. Manakala parti
atau wadah pula tidak sangat memainkan peranan penting. Dalam konteks
Umno dan PAS ianya boleh dianggap sama rata sahaja. Kerana kedua parti
ini sudah matang. Pemilihan parti atas keyakinan soal-soal mitos bukan
begitu besar sangat. Apa lagi generasi baru tidak meletakkan soal itu
sebagai keutamaan.
Sesetengah pengamat dan penganalisa politik akan
menemui jawaban PAS dan Umno sama saja tidak jauh bezanya. Kedua parti
ini dipisahkan oleh sempadan yang menjadi slogan atau tagline
kedua-dua parti itu. PAS dilihat sebagai Islam walaupun keIslamannya
boleh dipertikaikan, manakala Umno pula dipandang sebagai parti
nasionalis.
Dalam bahasa mudah PAS parti berideologikan agama dengan menjadikan
Islam sebagai landasannya, manakala Umno berideologikan nasionalis,
menjadikan semangat Melayu sebagai landasannya.
Tahun-tahun 60-an, 70-an sampai 80-an memang parti menjadi salah satu
faktor. Ideologi parti menjadi penilaian kerana ia didoktrin sebagai
satu dogma. Misalnya kalau PAS yang hampir kepada Islam dan kalau Umno
ia hampir kepada nasionalis atau Melayu. Generasi hari ini yang sudah
berada jauh dari sejarah kenegaraan dan suasana perwujudkan parti
politik itu tidak lagi menjadikan parti sebagai faktor.
Umum sudah faham parti hanya sebuah wadah atau bekas yang menggariskan
perjuangan dan matlamatnya. Generasi yang baru kini sudah memahami parti
hanya sebagai satu alat untuk membolehkan ianya menyertai pilihan raya.
Apa yang diperhatikan ialah manusia atau tokoh-tokoh di dalam parti
itu.
Hari ini idealisme atau perjuangan parti tidak penting lagi kerana ia
dinaungi idealisme pemikiran pemimpinnya. Nampaknya idea atau pun
keperibadian pemimpin itu lebih menonjol dari matlamat dan konsep
parti. Ertinya parti atau wadah perjuangan itu hanya kecil saja untuk
dijadikan kriteria bagi ianya dipilih.
Menerusi catatan ini saya hendak berakap soal batang tubuh calon, di
mana 30 peratus ia menyumbangkan kemenangan kepada mana-mana parti.
Calon ini akan dikira dari soal pendidikan mereka, latar belakang,
kekeluargaan dan juga soal-soal peribadi dari sekecil-kecilnya kepada
soal-soal besar pemikiran dan gagasan.
Dosa-dosa kecil dan besar juga diambil kira. Tetapi kerana perkara ini
ia bersifat subjektik tidak penting, maka ia tertumpu kepada fizikal
saja atau suasana di sekeliling calon itu. Fizikal di sini mengenai
hubungan, PR dan juga pemikiran dan idea.
Dalam konteks perlawanan di antara PAS dengan Umno di Kelantan hari ini
mana-mana parti yang dapat mengemukakan calon berkeperibadian, parti itu
akan menang. Golongan atas pagar akan membuat penilaian dari aspek ini
selain mengenai pencapaian kedua-dua buah parti. Manakala parti yang
masih mengekalkan calon lama di mana rakyat sudah mengenali keperibadian
mereka, daya berfikir budaya dan soal makan minum mereka akan kalah.
Jadi di sini apa yang perlu disebut dan diutamakan oleh kedua-dua parti
ialah mengemukakan calon-calon baru dan menggunakan calon-calon lama.
Umno sudah merasai akan hasil ini. Tahun 2004 Umno telah menukar hampir
separuh calon-calon mereka, yang lama dirihat dan muka baru diangkat.
Hasilnya parti itu menang besar dan hampir mengalahkan PAS.
PAS perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Di dalam PAS hari ini
seramai 23 orang yang kini menjadi wakil rakyat dianggap sudah tidak
layak atau perlu diganti. Dari jumlah itu 17 orang wakil rakyat perlu
ditukar untuk menampakkan PAS mengemukan barisan bertenaga dan dinamik.
Sekiranya PAS berdegil untuk tidak tukar dan masih mempercayai mereka
akan membawa kemenangan PAS akan tertumus dalam pilihan raya ini. Elok
kalau saya sebut nama-nama itu satu persatu agar mudah diketahui dan
orang berkenaan juga sedar yang mereka dalam zone tidak selamat.
Mudah-mudahan kalau mereka sedar tertakdir mereka dicalon sekali lagi
mereka kena berundur dengan terhormat. Mereka ialah:
1. Omar Muhammad (Perupok) Yang Dipertua PAS Bachok.
2. Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) Yang Dipertua PAS Ketereh.
3. Zulkefli Mamat (Pualai Chondong) Yang Dipertua PAS Machang.
4. Abdul Fatah Haroh (Bukit Tuku) Yang Dipertua PAS Ranhtau Panjang.
5. Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir ) Yang Dipertua PAS Pasir Mas.
6. Nik Mazian Nik Mohamed (Gaal ) Yang Dipertua PAS Pasir Puteh.
7. Drs Zainuddin awang Hamat (Limbongan).
8. Drs Saiful Baharin (Selising).
9. Mohamad Awang (Gual Periok).
10.Wan Ahmad Lotfi Wan Sulaiman (Kemuning).
11. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas).
12. Arifabilah @ Mohd Asri Ibrahim (Dabong).
13. Bhaiyaqi Atikullah (Pasir Tumbuh).
14. Mohamad Huseein (Parlimen Pasir Puteh).
15. Abdul Halim Abdul Rahman (Parlimen Pengkalan Chepa).
16. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Parlimen Kota Bharu).
17. Muhammad Mustafa (Demit).
Itulah 17 nama sekurang-kurangnya perlu ditukar oleh PAS untuk
memperlihatkan barisan calon PAS Kelantan terdiri dari muka baru.
Sebenarnya ada enam nama lagi yang juga wajar digugurkan. Sekiranya
mereka ini dikekalkan atas apa-apa alasan juga, termasuk mereka boleh
membawa kemenangan ia tetap memberi imej buruk kepada PAS. Rakyat akan
lihat PAS Kelantan gagal mengemukakan muka baru yang lebih menyakinkan.
Apa lagi kalau kebetulan Umno pula mengemukakan muka baru yang terdiri
dari pelbagai profesional dan mereka berketrampilan sudah tentu rakyat
akan terliur kepada calon-calon dari Umno.
Cukup dibimbangi kalau muka-muka ini tidak digugurkan ia boleh menyebabkan berlaku sesuatu diluar dugaan kepada PAS Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan