Isnin, 22 Oktober 2012

Utusan Malaysia : Tiada Maknanya Kebebasan Media di Malaysia. Kami Kena Saman Berkali-kali!!

 Staff Berita Semasa
Utusan Malaysia Utusan Malaysia : Tiada Maknanya Kebebasan Media di Malaysia. Kami Kena Saman Berkali kali!!

Kalau dilihat daripada jumlah saman demi saman yang diterima pihak Utusan Malaysia berdasarkan laporan berita mereka, kami sebenarnya agak musykil di mana mereka mendapat dana untuk terus menampung operasi syarikat mereka dengan baik? Sedangkan jumlah jualan akhbar Utusan Malaysia tidak seberapa…

Suka untuk kami kongsikan di sini hasil tulisan Pengarang Utusan Malaysia, Marhaini Kamaruddin yang mengupas isu kebebasan akhbar di Malaysia. Katanya :
Utusan Malaysia Online Utusan Malaysia : Tiada Maknanya Kebebasan Media di Malaysia. Kami Kena Saman Berkali kali!!

POLITIK dan media saling memerlukan. Orang politik memerlukan media untuk mempromosi diri dan wawasan mereka demi meraih sokongan rakyat yang akan menjadi pengundi pada pilihan raya. Media pula memerlukan ahli politik sebagai bahan penulisan mereka.
Hubungan antara ahli politik dan media bagaimanapun bukanlah suatu hubungan yang harmoni sepanjang masa.
Lazimnya ahli politik akan menyanjung media apabila cerita-cerita positif tentang mereka dilaporkan. Namun apabila berita yang dilaporkan itu tidak begitu positif, media akan cepat dituduh mempunyai agenda untuk menjatuhkan reputasi ahli politik terlibat.
Hakikat bahawa tugas anggota media atau wartawan sebagai pelapor kejadian dan peristiwa seolah-olah enggan diterima hanya kerana berita yang dilaporkan itu tidak menyenangkan hati orang politik tertentu.
Di dalam negara kini, seolah-seolah menjadi satu trend apabila media dijadikan punching bag oleh ahli politik untuk menafikan berita yang tidak memihak kepada mereka. Tidak cukup dengan kritikan, hinaan dan kutukan, media terbabit akan disaman sebagai ‘hukuman awal’ kerana menyiarkan berita yang tidak menyebelahi mereka.
Ironinya, pihak yang menjadikan media sasaran saman yang rata-rata angkanya mencecah jutaan ringgit itu ialah pihak sama juga yang melaung-laungkan tentang kebebasan bersuara dan menuntut kebebasan media di negara ini.
Pemimpin politik ini berkokok nyaring mendesak media diberi kebebasan membuat liputan tanpa sekatan. Mereka juga menjanjikan kebebasan kepada media, lebih bebas daripada yang dinikmati sekarang sekiranya berkuasa.
Ehem…..sebenarnya ada beza jika berkata berdasarkan emosi dengan berhujah dengan fakta. Kebebasan bersuara berdasar fakta tidak sama dengan kebebasan menabur fitnah. Ada banyak perbezaan di situ.
Malangnya mereka jugalah yang mengenakan sekatan kepada media tertentu untuk membuat liputan secara bebas. Pihak ini jugalah yang mengancam media dengan fail-fail saman untuk ‘menghukum’ berita atau artikel yang tidak menyenangkan hati mereka.
Apakah bacaan kebebasan media bagi pemimpin politik ini adalah kebebasan untuk media yang hanya menyebelahi mereka, yang memuji-muji mereka dan seiring sejalan dengan mereka sahaja.
Jika itulah bacaannya, maka tidak ada maknanya kebebasan media yang diperjuangkan itu. Dan jika kelompok ahli politik sebegini benar-benar mendapat mandat kuasa, sudah pasti akan menjadi detik amat malang bagi pengamal media di negara ini.
Tokoh undang-undang, Profesor Salleh Buang dalam penulisannya berjudul Saman Media: Perkembangan Di Luar Negara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia mengatakan “Kecenderungan figura awam menyaman media berlaku di mana-mana, bukan hanya di negara kita.”
Beliau kemudiannya menyatakan, “Yang berbeza antara negara kita dan beberapa negara Barat, andainya ada pengamal media disaman oleh figura awam atas dakwaan memfitnahnya, pengamal media di luar negara kini menikmati suatu hak pembelaan yang diberi nama responsible journalism (kewartawanan yang bertanggungjawab).
Membaca pernyataan Profesor Salleh itu, membuatkan kita tertanya-tanya mungkinkah tindakan saman yang terus-menerus disasarkan terhadap media dalam negara terutamanya arus perdana dilakukan oleh kelompok ahli politik terbabit kerana mereka mengetahui yang pengamal media tempatan tidak menikmati hak pembelaan seperti di negara Barat.
Pengamal media yang baik tidak takut untuk mempersembahkan berita berdasarkan fakta. Mereka berani kerana melaporkan kebenaran. Mereka tidak takut dikritik mahupun menerima kutukan.
Utusan Malaysia Percuma Utusan Malaysia : Tiada Maknanya Kebebasan Media di Malaysia. Kami Kena Saman Berkali kali!!

Sebentar. Bukankah akhbar Utusan Malaysia disaman dan telah dibuktikan bersalah oleh perintah mahkamah untuk beberapa kes saman fitnah yang dibuat oleh beberapa tokoh politik? Apabila sudah didapati bersalah maknanya ada laporan berita yang disampaikan tiada kebenarannya….atau dalam bahasa yang lebih jelasnya adalah FITNAH!
Namun apabila mereka diancam dengan saman demi saman apatah lagi apabila nilainya mencecah jutaan ringgit, tangan mereka seolah-olah diikat ke belakang dan mulut mereka disumbat. Mereka tidak mampu menulis sedangkan menulis adalah kerjaya mereka. Mereka disekat daripada bersuara sedangkan menyampaikan suara (walaupun hanya daripada sekelompok kecil rakyat) itu tanggungjawab mereka.

Tindakan saman ke atas media yang semakin menjadi-jadi di negara ini, secara tidak langsung telah menyekat kebebasan media malah lebih teruk lagi, seumpama cubaan membunuh kerjaya kewartawanan yang sah dalam landskap profesionalisme.
Orang akan saman apabila mendapati laporan berita yang disampaikan adalah tidak benar, biar pihak mahkamah yang membuat keputusannya. Jikalau Utusan Malaysia tak buat fitnah dengan memutar belit “berita asal”, kami merasakan tiada siapa yang akan saman pihak Utusan Malaysia.

Jadi, tidak timbul ada cubaan nak membunuh kerjaya kewartawanan. Sebenarnya jika anda sudah masuk dalam dunia kewartawanan, anda perlu tahu etika ketika menulis dan berkongsi berita dengan pembaca. Tetapi…..tetapi jika ada “kesilapan” yang bukan sekali tetapi sudah berkali-kali walaupun amaran telah diberikan, anda perlu sanggup menanggung risikonya. Berani buat, berani……………
Agak malang, apabila mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat untuk menegakkan keadilan atau membuktikan kebenaran dipergunakan untuk tujuan politik, bagi mengekang kebebasan media melalui kaedah undang-undang. [Pengarang Utusan Malaysia]
Jikalau bebas dan benar, buat apa nak takut kena saman? Apa yang nak dirisaukan? Tulis yang betul, yang benar apa pun tak marah. Kalau tulis berbelit-belit dan menipu, fitnah orang ikut suka hati, bersedialah untuk disaman.

Kebebasan media untuk menulis yang benar bukan untuk mengada-ada kan cerita atau fitnah. Buatlah penyelidikan & sedikit penyiasatan dan laporkan yang benar kepada pembaca. Kalau setakat putar belit cerita untuk kepentingan pihak-pihak tertentu itu dah kira tak beretika namanya.

P/S : Utusan Malaysia kami kira untuk tempoh penerbitan mereka bermula dengan Utusan Melayu, sepatutnya sudah matang dalam penerbitan laporan berita mereka, dan perlu lebih peka dengan perkembangan & peredaran masa yang  mana maklumat sampai ke tangan rakyat Malaysia dengan begitu pantas tanpa sebarang “tapisan”…….

Tiada ulasan: