Jumaat, 5 Oktober 2012

SPRM siasat Ali Rustam mengenai kenduri 130,000 hadirin

THE MALAYSIAN INSIDER

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang.—Gambar fail
 
KUALA LUMPURt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.
 Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

“Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf “Malaysia Book of Records” sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. — Bernama

Tiada ulasan: