Rabu, 10 Oktober 2012

Permohonan Rafizi batal kes Bafia didengar 24 Oktober

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan tarikh sebutan kes dakwaan terhadap Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 3 Disember depan bagi memberi laluan pendengaran untuk membatalkan tuduhan tersebut 24 Oktober ini.

Permohonan menggugurkan tuduhan tersebut difailkan peguam N Surendran di Mahkamah Tinggi Shah Alam, September lalu.

“Kita dah buat permohonan batalkan dakwaan ke Mahkamah Tinggi sebelum ini, jadi mahkamah akan dengar permohonan itu sebelum perbicaraan diteruskan,” kata Rafizi.

“Mahkamah tadi berharap agar kes pembatalan dakwaan dapat diselesaikan dalam masa dua bulan tersebut dan InsyaAllah jika kes batal, maka kes pada 3 Disember pun tiada,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Rafizi didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana kononnya mengeluarkan data-data perbankan mengenai skandal National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal NFC kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank.

Tiada ulasan: