Ahad, 14 Oktober 2012

Pejabat Adun Pantai Jerjak dipecah masuk untuk kali ketiga

ANTARA POS.COM

Post Pic

BUKIT JAMBUL: Pejabat Pusat Khidmat Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin  yang terletak di tingkat tiga bangunan kedai di Jalan Rumbia disini dipecah masuk oleh penjenayah awal pagi tadi untuk kali ketiga.

Tze Tzin berkata, kejadian itu hanya disedari beliau sebaik sahaja dimaklumkan oleh pemilik sebuah pusat kecantikan yang beroperasi di tingkat bawah bangunan berkenaan yang turut menjadi mangsa penjenayah terbabit.
 
Bagaimanapun, Tze Tzin mengesahkan tiada barang berharga mahupun dokumen penting yang dilaporkan hilang.
 
“Ini adalah kejadian ketiga yang menimpa pejabat khidmat saya namun dalam kejadian awal pagi semalam tiada barangan yang hilang.
 
“Saya percaya penjenayah yang pecah masuk ke pejabat saya ini hanya mencari barangan berharga namun disebabkan saya adalah Adun yang miskin dan tidak mempunyai harta berharga di didalam pejabat membuat penjenayah itu kecewa,”katanya pada sidang media disini tengah hari tadi.
 
Ujar Tze Tzin, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pejabatnya kejadian itu dilakukan secara bersendirian dan penjenayah bertindak mengalihkan CCTV sebelum menyelongkar laci mejanya.
 
Tambah Tze Tzin, pada 2009 pejabatnya pernah dipecah masuk namun tiada barang yang dilaporkan hilang.
 
Bagaimanapun, pada pertengahan 2011 pejabatnya dipecah masuk buat kali kedua dan menyebabkan komputer riba yang disimpan didalam hilang.
 
“Polis perlu melakukan siasatan segera kerana ini adalah kejadian kali ketiga yang dilaporkan.
 
“Walaupun Pulau Pinang digelar bandar selamat namun ia masih belum selamat sepenuhnya,”katanya.

Tiada ulasan: