Jumaat, 5 Oktober 2012

Pakar kata prosedur SPRM cacat, bukan undang-undang

Hafiz Yatim


 
Pakar undang-undang tidak bersetuju dengan penilaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa undang-undang perlu dipinda sebelum ia boleh menjadi lebih berkesan untuk bertindak terhadap tokoh-tokoh politik yang rasuah.

NONERabu lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, yang juga anggota panel khas SPRM, mendedahkan bahawa suruhanjaya itu telah berhujah bahawa ia terhalang oleh "peruntukan kuno" dalam undang-undang yang sedia ada.

Salahuddin (kiri) telah memberikan satu contoh kes yang dibangkitkan oleh SPRM kepada PSC di mana seorang pemimpin negeri yang kaya, tidak boleh didakwa kerana kelemahan dalam undang-undang, walaupun enam kertas siasatan dibuka terhadap individu tersebut.

Antara lain, kata Salahuddin, SPRM telah memberitahu PSC bahawa ia mahu seksyen 23 dan 50 (lihat di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dipinda.

Lawyer Baljit Singh SidhuSeorang peguam kanan, Datuk Baljit Singh Sidhu, yang juga mengajar undang-undang, tidak bersetuju dengan keperluan untuk meminda dua bahagian tersebut.

"Malah, seksyen 23 yang diambil dari, dan serupa dengan undang-undang Hong Kong. Oleh itu, saya tidak faham mengapa SPRM mendakwa undang-undang itu kuno, sedangkan ia hanya baru sahaja digubal (tiga tahun lalu).

"Tambahan pula, anda ada peruntukan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 di bawah Kanun Keseksaan dan Perintah Darurat. Apakah lagi undang-undang yang SPRM perlukan?" katanya kepada Malaysiakini.

Sebaliknya, Baljit mencadangkan supaya SPRM meningkatkan usaha penyiasatan dan berhenti bergantung kepada pengakuan untuk memenangi kes.

Pengakuan telah tidak digunakan atau tidak boleh diterima di mahkamah sebagai sebahagian daripada bukti yang sejak 2006.

"Mereka tidak boleh semata-mata bergantung kepada mengambil kenyataan untuk mengumpul bukti kerana terdapat cara lain lagi," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam kanan CV Prabhakaran berkata soal tafsiran undang-undang hendaklah diserahkan kepada mahkamah dan tugas utama SPRM adalah untuk mendakwa individu selagi ada bukti yang mencukupi.

Prabhakaran berkata seksyen 23, yang melibatkan penggunaan jawatan dalam menerima suapan, dan seksyen 50, yang berkaitan dengan tanggapan dalam kesalahan tertentu, adalah "undang-undang yang baik".

Tiada ulasan: