Jumaat, 12 Oktober 2012

Kemunculan bangkai ikan risaukan penduduk

Harakahdaily,

JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang mahu pihak berkuasa menyiasat kewujudan bangkai ikan terapung di pantai dari Sungai Buntu sehingga ke Tanjung Sungai Kapal.

Pengerusinya, Hong Thian Hwa berkata keadaan itu yang beberapa kali telah berlaku, merisaukan penduduk setempat.

Menurut Hong, pada tengah hari 9 Oktorber lalu, beliau telah dimaklumkan oleh nelayan bahawa terdapat puluhan bangkai ikan terapung di paeairan itu.

Mereka juga menurut Hong turut memaklumkan bahawa empat orang Pegawai Jabatan Perikanan telah bertolak dari Sungai Buntu untuk membuat persampelan terhadap air laut dan ikan.

"Perkara yang berlaku berturut turut, termasuk ramai penduduk yang terhidu bau gas yang tidak dikenalpasti, serta bilangan besar kumpulan ikan yang mati, telah merisaukan penduduk Pengerang.

"Pihak berkuasa yang berkenaan mesti membuat penyiasatan secepat mungkin, dan seterusnya membuat penjelasan awam berkenaan hasil penyiasatan untuk mengelakan khabar angin terus
merisaukan penduduk, dan seterusnya menjejas sektor perikanan tempatan," katanya dalam satu kenyataan.

Hong berkata, ekoran laporan dari nelayan berkenaan, beliau sendiri telah membuat rondaan dengan sampan di pantai berkenaan pada sebelah petangnya, dan mendapati masih terdapat bangkai ikan tetapi dengan jumlah yang berkurangan.

Tiada ulasan: