Isnin, 8 Oktober 2012

Gaduh: Polis tahan 27 pelatih PLKN

KL TODAY

 

Polis menahan 27 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Cenderawasih Cador di Pengkalan Berangan, Marang kerana terlibat dalam satu pergaduhan, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang di kem itu dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan pelatih membabitkan dakwaan mencuri barang.

“Satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain memecah lokar dan mencuri barang sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan.

“Kumpulan berkenaan dianggotai seramai 27 orang kemudian bertindak menyerang kumpulan satu lagi, yang terdiri daripada sembilan orang, dan ada daripadanya bersenjatakan kayu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata akibat pergaduhan itu, sembilan pelatih cedera dan lebam di badan dan satu laporan dibuat sebelum polis bertindak menahan 27 pelatih terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, mereka yang terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Tiada ulasan: