Jumaat, 4 November 2011

Hassan Ali Sertai Demo Anti Seksualiti Merdeka Hari ini.

KL POS.COM

KUALA LUMPUR - Beberapa Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam menganjurkan demonstrasi yang bakal berlangsung hari ini selepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam.

Demonstrasi yang diadakan bagi membantah penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 ini turut menyelitkan Ucapan dan Amanat dari Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hassan Ali dan bekas Presiden ABIM Dr. Yusri Mohamad.

Menurut penganjur iaitu PEMBELA, Demo ini bakal menyaksikan bantahan keras mewakili umat Islam di Negara ini dan memberi isyarat agar tindakan lebih tegas dilaksanakan bagi memastikan Program ini tidak berjaya diteruskan.

"Ini adalah rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain. Pihak Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011 juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya wakil PEMBELA.


Beliau turut menambah adalah satu penghinaan terhadap maruah Negara apabila terdapat program yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender di Negara ini dan ianya akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.

“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.

Tiada ulasan: