Memaparkan catatan dengan label PRK - PERMATANG PAUH (2). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - PERMATANG PAUH (2). Papar semua catatan

Ahad, 22 Februari 2015

Letak calon Pas di Permatang Pauh


Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak
 
 
GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pas meletakkan calon di PRK Permatang Pauh bagi mengelak ketandusan calon dan penguasaan legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, calon Pas harus diberi peluang bertanding di Permatang Pauh kerana majoritinya adalah pengundi Melayu.

"Jika dinilai dari sudut penyokong dan sejarah pilihan raya, pengundi Pas adalah golongan majoriti di parlimen berkenaan dan dengan meletakkan calon Melayu ia boleh menjadi penyumbang kepada kemenangan calon," katanya.

Menurutnya, masalah pemilihan calon dari Pas bukanlah satu masalah kerana Pulau Pinang mempunyai pemimpin Pas yang berkaliber.

"Ramai calon Pas dari negara ini layak termasuk Pesuruhjaya Pas Negeri.

“Cadangan ini dibuat berdasarkan kepada tahaluf siyasi dan dasar persefahaman yang menjadi mekanisme perjuangan komponen parti,” katanya.

Rahmad berkata, bagi calon BN pula, parti itu perlu menampilkan calon yang boleh menambat hati pengundi.

"Mereka perlu pilih calon dari anak tempatan dan 'calon boleh menang' yang diterima semua kaum," katanya.

Jumaat, 20 Februari 2015

Mahfuz Omar : PAS Tak Berminat Rampas Kerusi Permatang Pauh

RAKYATNEWS


datuk mahfuz omar, datuk najib razak, persidangan umno, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat
 


KUALA LUMPUR - PAS tidak berminat 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada PKR sekiranya diadakan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak PAS tetap meneruskan kuota kerusi itu kekal ditandingi PKR.

"Kami (PAS) sah tak bertanding kerusi itu," katanya ketika ditanya kemungkinan parti itu mencalonkan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu bertanding sekiranya diadakan PRK kerusi itu.

PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Khamis, 19 Februari 2015

Umno Permatang Pauh Mahu BN Tanding PRK



Akan menggunakan pendekatan berbeza - pendekatan lembut bukan mengadakan serangan terhadap calon pembangkang


undibn


PETALING JAYA: Kesemua 92 Umno cawangan di Permatang Pauh mahu Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu yang dijangka diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dan dihukum penjara di atas kes liwatnya.

Ketua Umno bahagiannya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kesemua cawangan sebulat suara dengan pendirian untuk parti bertanding pada kerusi parlimen itu dalam mesyuarat yang membincangkan perkara tersebut, lapor mStar Online.

“Kita akan menyampaikan harapan kita (BN bertanding dalam PRK Permatang Pauh) kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kita akan memberikan ruang kepadanya untuk memilih calon.

“Kita berharap dengan PRK ini… sebagai satu kempen yang bersih kerana kita tidak mahu didakwa dan difitnah memancing undi pada pilihan raya kecil nanti,” tambahnya.

“Kita akan menggunakan pendekatan berbeza – pendekatan lembut dan meminta pengundi untuk mengundi BN berbanding mengadakan serangan terhadap calon pembangkang,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Sehingga kini, belum ada tanda-tanda beliau memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Wan Azizah patut tanding Permatang Pauh


Wan Azizah patut tanding Permatang Pauh
 
 
TIDAK sampai seminggu lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disahkan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, juga jawatan ketua pembangkang mengikut Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan setelah disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari lalu.

Pakatan setakat ini bagaimanapun belum membuat apa-apa keputusan mengenai siapa yang akan mengambil alih tempat Anwar sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Partinya, PKR juga belum membuat keputusan mengenai siapa calon yang akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pemerhati, keputusan untuk memilih ketua pembangkang kali ini tidak semudah dahulu. Ini kerana hubungan antara parti dalam pakatan pembangkang pada masa ini diketahui tidak begitu bahagia.

Dalam keadaan ini, sudah pasti tidak mudah untuk dibuat keputusan siapa yang paling layak dalam kalangan pemuka parti untuk mengetuai wakil mereka di Parlimen, yang boleh diterima baik oleh semua pihak.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini ada membuat kenyataan mengenai kesediaan beliau untuk dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.

Memanglah tidak salah bagi Azmin untuk membuat kenyataan seperti itu namun bagi pemerhati, kenyataannya itu sedikit sebanyak boleh mengundang perdebatan.

Ini kerana beliau sudah sedia memikul tanggungjawab berat sebagai menteri besar yang memerlukan sepenuh komitmen dan tumpuan.

Rabu, 18 Februari 2015

Permatang Pauh: SPR tunggu tempoh 14 hari berakhir


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 

PUTRAJAYA - [VIDEO] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu tempoh 14 hari berakhir pada 24 Februari ini sebelum menentukan status terkini bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu menunggu penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan petisyen pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atau membuat semakan kehakiman terlebih dahulu.

"Sehingga 24 Februari ini, jika tiada rayuan, jadi SPR akan mengadakan mesyuarat khas selepas itu.

"Tetapi jika adanya rayuan, kita tidak pasti bila tarikh penamaan calon atau pilihan raya kecil kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah atau YDP Agong, buat masa ini kita dahulukan Dun Chempaka dulu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan supaya Anwar memfailkan petisyen pengampunan dalam t‎empoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman kes liwat II kepada YDP Agong untuk pembebasannya.

Dalam tempoh itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang masih kekal sebagai wakil rakyat sehingga 24 Februari ini dan sehingga itu beliau boleh mengemukakan petisyen pengampunan tersebut.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.

Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.
Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008.

Selasa, 17 Februari 2015

Umno minta pengundi Pmtg Pauh beralih angin

MALAYSIAKINI


 


Umno Pulau Pinang menggesa pengundi parlimen Permatang Pauh beralih angin dan memilih BN dalam pilihan raya kecil akan datang demi pembangunan di kawasan itu.

Pengerusi perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata negeri itu tidak menerima pembangunan sejak diwakili PKR, 17 tahun lalu.

"Selama 17 tahun ini, kesemuanya hanyalah mengenai (MP, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), isterinya atau anak perempuannya, atau rakan karibnya.

“Bagaimana dengan rakyat Permatang Pauh? Itu yang paling penting,” kata bekas timbalan menteri di kementerian luar bandar itu.

“Selepas 17 tahun, mereka tidak mendapat banyak pembangunan berbanding jiran di Kepala Batan dan Tasek Gelugor,” katanya kepada Malaysiakini.

Kepala Batas dan Tasek Gelugor masing-masing diwakili Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Shabudin Yahya dari Umno.

Kerusi Permatang Pauh dikatakan akan ditandingi anak perempuan kedua Anwar, Nurul Nuha, 31.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh atas kesalahan liwat merupakan MP Permatang Pauh selama 17 tahun dengan tiket BN.

Isteri Anwar, yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MP kerusi tersebut ketika Anwar dipenjara antara 1999 hingga 2004.

Azizah mengosongkan kerusi tersebut pada 2007 untuk membolehkan Anwar kembali aktif dalam politik pada 2008.

Ahad, 15 Februari 2015

Dakwaan pindahkan pengundi ke Permatang Pauh tidak berasas - Reezal Merican

ANTARAPOS.COM


Post Pic
GEORGE TOWN: Dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa Umno memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu, adalah sangat tidak berasas.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
"Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal pada Sabtu mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
"Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
"Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
"Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik," katanya.
Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.
 Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
"Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal semalam mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
"Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
"Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
"Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik," katanya.
Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.

Khamis, 12 Februari 2015

'Kadar elektrik turun kerana Permatang Pauh?'

MALAYSIAKINI


 


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tertanya-tanya sama ada penurunan kadar tarif elektrik, mempunyai apa-apa kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan.

"Mengapa ia hanya untuk empat bulan? Ia sepatutnya satu tahun sekurang-kurangnya.

"Adakah pemotongan tarif elektrik yang diumumkan itu kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh?" katanya kepada pemberita hari ini.

Jika ini benar, tambahnya, maka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan rakyat Malaysia hadiah yang sangat baik dengan masuk ke penjara.

Anwar yang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana disabitkan atas tuduhan liwat, mempunyai 14 hari untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Lim berkata, mengikut undang-undang, pilihan raya kecil itu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika MP Permatang Pauh itu enggan memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, atau jika beliau gagal dalam permohonannya itu.

'Mengapa empat bulan?'


Mengenai tarif baru elektrik, Lim yang juga setiausaha agung DAP menggesa agar ia dikurangkan sebanyak 35 peratus, berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh pembekal elektrik negara, TNB, tahun lepas.

"Kami tidak meminta pemotongan 50 peratus mengikut penurunan
harga minyak, yang turun dari USD105 kepada AS$50 setong," kata Lim.

"Kami mempersoalkan mengapa empat bulan sahaja untuk pengurangan kadar tarif itu apabila harga minyak dijangka kekal pada AS$50 setong - pengurangan 50 peratus," tambahnya.

Lim merujuk kepada pengumuman Menteri Air, Tenaga dan Teknologi, Datuk Maximus Ongkili bahawa kadar baru itu adalah untuk tempoh dari 1 Mac hingga 30 Jun.

Dengan kadar baru itu, kata menteri berkenaan, pengguna boleh menjimatkan antara RM13 dan RM45 sebulan bergantung kepada kadar penggunaannya.

Nuha pengganti Anwar di Permatang Pauh?

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar enggan mengesahkan adiknya, Nurul Nuha Anwar bakal mengisi kekosongan kerusi Permatang Pauh selepas bapa mereka dipenjarakan atas tuduhan liwat semalam.

"Tidak ada cadangan lagi dari pihak kami untuk mencalonkan mana-mana pihak. Kita mahu fokus kepada perjuangan menuntut kebebasan bapa kami," katanya di sidang media pelancaran 'March to Freedom' di kediaman Ketua Umum PKR itu di Jalan Segambut pagi tadi.

Izzah berkata demikian sebagai menjawab sama ada kempen ini bertujuan mengetengahkan Nuha sebagai seorang lagi ahli keluarga Anwar yang akan menyertai politik tanah air.

Terlebih dahulu Nuha mengadakan sidang media berkenaan 'March to Freedom' sebagai satu langkah terbaharu membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bersabit kes liwat II terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Shaiful Bukhari Azlan.

Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan keadilan dan bagaimana 'memperbetulkan' kepincangan undang-undang negara yang sering berlaku kepada Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain.

Keputusan penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Anwar semalam sekali gus membatalkan kelayakan beliau sebagai wakil rakyat Permatang Pauh.

Di sidang media yang sama juga, Nuha sekali lagi membangkitkan jaminan keselamatan pihak berkuasa dan penjara terhadap bapanya.

"Dahulu Anwar pernah diracuni arsenik dan kami terpaksa hantar sampel air kencingnya ke Australia walaupun dinafikan pihak penjara Sungai Buloh ketika itu. Namun makmal Australia sahkan sampel itu ada racun," kata Nuha lagi.

Hal yang sama ditegaskan oleh Izzah.

"Bukan soal kami tidak percaya dengan keselamatan Anwar. Dahulu pun kami pernah minta jaminan Timbalan Ketua Polis ketika itu tapi apa yang terjadi adalah Anwar dipukul dalam keadaan bergari dan ditutup mata. Kami hanya mahu jaminan. Dan kami bercakap dalam isu bukan di luar fakta," katanya kepada media.

Izzah turut mendakwa ada dalang di sebalik keputusan mahkamah semalam yang cuba mematikan perjuangan politik Anwar dan pemimpin PR yang lain.

"Ketika kes Anwar tahun 1999, kesnya pernah disiasat oleh Majlis Peguam Antarabangsa dan pernah mengeluarkan satu jurnal berhubung ketidakadilan penghakiman negara terhadap Irene Fernandez dan Lim Guan Eng.

"Di mana ia (keputusan penghakiman) dipengaruhi oleh pihak eksekutif, yakni kerajaan," tegas Naib Presiden PKR itu.