Memaparkan catatan dengan label PRK - BATU SAPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - BATU SAPI. Papar semua catatan

Ahad, 21 November 2010

MASYARAKAT CINA TOLAK YONG KERANA CURIGA

LIEW…sedang menjelaskan sesuatu kepada wartawan sabahkini.net semasa diwawancara dalam satu majlis Makan Malam di salah sebuah restoran semalam.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MEMANG pada mulanya, 80 peratus masyarakat Cina yang menjadi pengundi Karamunting dan Sekong (Parlimen Batu Sapi) menjangkakan Calon SAPP Datuk Yong Teck Lee akan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar bagi merebut kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Tetapi jangkaan dan ramalam mereka meleset, ekoran terdapat beberapa faktor penyebab utama Yong tewas dengan jumlah undi yang memalukan; mujur tidak sampai kehilangan deposit.

Sentimen parokial sempit yang dimainkan Yong, ‘Sabah for Sabahans’ sedikitpun tidak membawa erti atau diberi perhatian oleh para pengundi sekalipun Yong bersama para penyokongnya bertungkus lumus berkempen di sana- sini, sehingga mencabar Ketua Menteri Sabah berdebat.

Wartawan Sabahkini.net berkesempatan menemui Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong untuk bertanya kenapa masyarakat Cina tidak memberi peluang kepada Yong untuk berbakti dan membawa suara Sabah di Parlimen.

Sehubungan itu, VK Liew berkata, masyarakat Cina telah memberikan peluang kepada Yong untuk bertanding sebagai Calon Parlimen Batu Sapi namun mereka memikirkan tidak wajar memberi peluang kepada Yong untuk menang setelah memikirkan selama dua tahun Yong menjadi Ketua Menteri Sabah (1996-1998) beliau gagal menjaga amanah rakyat.

“Ke mana sudah perginya Saham Amanah Rakyat Sabah (SARS) dan kawasan tanah di Tongod khususnya di Kuamut habis diagehkan kepada kroni. Apa yang dia buat untuk membantu masyarakat Cina?,” tanya VK Liew yang menyifatkan Yong telah ditolak rakyat; sama seperti Mantan Presiden Berjaya, Datuk Harris Salleh suatu masa dulu.

Tegas Liew lagi, baik-baik mereka bersama BN, namun atas sifat tamak mahu menjadi Menteri Persekutuan dan merajuk kepada Kerajaan Negeri Sabah, Yong telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan ahli SAPP denga mengamalkan politik songsang menikam BN daripada belakang ketika BN amat memerlukan mereka.

Semasa SAPP keluar dari BN, kata VK Liew, bukan saja wakil-wakil rakyatnya menjadi gusar dan kucar-kacir yang tidak sehaluan lagi dengan BN, bahkan para pegawai yang bertugas di pejabat UPKR (Jabatan Ketua Menteri) termasuk kakitangan agensi tersebut telah kehilangan pekerjaan.

Tegas VK Liew lagi, rakyat Batu Sapi curiga untuk memilih Yong, sekalipun yakin beliau akan menambah suara pembangkang di parlimen, namun mereka juga khuatir jika menang Yong akan kembali merujuk kepada BN dengan meminta jawatan yang lebih tinggi lagi di dalam Kabinet Malaysia.

Perkara inilah kata VK Liew yang menakutkan kepada para pengundi berkenaan kerana sekiranya menjadi kenyataan, yang rugi bukan Yong, tetapi para pengundi sendiri.

Katanya, kemenangan calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memang sudah diduga sejak hari penamaan calon kerana rakyat di kawasan Batu Sapi sudah tahu dan mengenali erti pembangunan yang telah dan bakal dikecapi.

“Dalam kesempatan ini, sebagai rakan seperjuangan dalam BN, saya berharap agar Datin Linda sentiasa membuat lawatan ke kawasan pulau terpencil untuk menemui penduduk supaya dapat melihat sendiri permasalahan yang dihadapi mereka, terutama sekali mengenai pembangunan asas,” ujar VK Liew lagi.

Walaupun VK Liew enggan mengulas mengenai dakwaan pemerhati politik bahawa hanya 47 peratus masyarakat Cina yang turun mengundi pada pilihanraya kecil berkenaan, namun beliau tidak menafikan anggapan mereka bahawa pilihanraya kecil tersebut tidak begitu penting kerana yakin BN tetap akan mempertahankan kubu kuat di Batu Sapi.

Khamis, 4 November 2010

Batu Sapi "banjir" dengan wang tunai


ringgit 50Oleh Michael Kaung

SANDAKAN: Bank-bank di sini dilaporkan mengeluarkan wang tunai di antara RM500,000 hingga RM1 juta sejak dua hari lalu di mana para pengundi di Batu Sapi mula keluar mengundi hari ini.

"Towkay-towkay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dan beberapa bank tidak mampu melayan pengeluaran wang sebanyak itu kerana masalah teknikal. Bank Negara perlu diberitahu tentang perkara ini.

Peristiwa wang tunai mula mengalir di beberapa penempatan kampung air semalam menjadi perbualan ramai. Ada yang menganggarkan jumlah wang tunai yang dikeluarkan dari bank-bank mencecah RM5 juta dalam tempuh 72 jam sahaja.

Menurut pemandu teksi, mereka (pemandu-pemandu teksi) diberi RM250 seorang dan pengundi biasa mendapat RM150 seorang.

Wang tunai itu ialah untuk makanan, pengangkutan dan logistik. Para penganjur yang dikenalpasti bertanggungjawab untuk mendapatkan undi dilaporkan mendapat RM200 seorang dan mereka dijangka membawa pengundi ke pusat mengundi hari ini.

Beberapa orang berkata mereka dijanjikan sebanyak RM100 hingga RM150 seorang atau lebih ketika datang membuang undi.

Ambil "habuan" di pusat operasi MCA

Petang semalam, ramai penduduk berkumpul di pusat operasi MCA di sini selepas cakap-cakap mengatakan parti itu sedang memberi "habuan" dan sekumpulan pengundi keluar ke bandar memberitahu wang tunai sedang ditaburkan oleh kumpulan itu dan ini.

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, ada beberapa orang yang mendakwa menerima RM150 agak kecewa kerana mereka diberitahu akan mendapat sebanyak RM400 seorang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar meminta para pengundi pergi ke pusat-pusat operasi parti pembangkang dan malahan di hotel-hotel untuk mengambil makanan dan wang tunai.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangkakan lebih ramai orang keluar mengundi pada sekitar 75% berbanding 63% pada tahun 2008.

Berita ini bukan berita gembira bagi pihak pembangkang yang menyatakan bahawa lebih ramai mereka keluar mengundi bermakna para pengundi datang dari luar kawasan Batu Sapi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang tiba di sini semalam, menyampaikan amanat supaya para pengundi memilih calon secara bijaksana.

Beliau menamatkan ucapan kempen untuk calon BN Linda Tsen dengan membidas calon pembangkang, Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah dan Ansari Abdullah dari PKR.

Batu Sapi: Pengiraan undi bermula

MALAYSIA KINI



Masa pengundian: 8 hingga 5 petang
Pengiraan undi: Bermula 6.30 petang
Keputusan: Menjelang 8 malam

Galeri Foto

5.00pm: Semua pusat pengundian ditutup.

4.15pm: Sejumlah 14,725 pengundi atau 57.56 peratus telah mengundi, kata SPR.

4.00pm: Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi ditutup, manakala yang lainnya akan ditutup pada jam 5 petang.

3.00pm: Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi hari ini, sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih berakhir.

Pegawai pengurus pilihan raya, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan.

Dengan berbaki dua jam lagi, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan masih rendah. Perangkaan rasmi SPR menunjukkan jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 52.06 peratus atau 13,318 undi.

2.00pm: Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.

Proses membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi berjalan lancar setakat ini, namun jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan mereka masih kecil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

"Diharapkan lebih ramai akan keluar mengundi selepas ini bagi mencapai sasaran 75 peratus," katanya.

Menurut Abdul Aziz, waktu pagi didominasi pemilih warga emas, manakala jumlah pengundi muda yang membuang undi hanya meningkat selepas 11 pagi.

1.45pm: Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

12.40pm: Lebih kurang 100 penyokong BN di luar sebuah lagi pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi - kawasan yang majoriti pengundinya bumiputera - masih lagi menunggu.

Mereka membawa sepanduk Tsen dan Najib sambil melaungkan “Hidup BN!” Namun penyokong PKR yang diketuai oleh exco Wanita Felicia Ling yang membawa sepanduk Ansari tidak memberi tindakbalas dan suasana dilaporkan tenang. Tiada ketegangan di antara kedua-dua kumpulan.

12.00pm: Seramai 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

11.10am: Datuk Yong Teck Lee tiba dan bersalaman dengan pekerja SPR dan juga pengundi.

Bekas ketua menteri itu juga kelihatan tenang dan ceria.

Katanya, jumlah yang keluar undi sebanyak 23 peratus setakat jam 10 pagi tadi dianggap perkara biasa.

"Jumlah peratus yang tinggi akan beri saya keutamaan yang lebih.”

Menurut Yong lebih ramai pengundi yang berusia keluar melaksanakan tanggungjawab mereka berbanding pengundi muda.

Yong berjumpa dengan ketua MCA Sabah, Edward Khoo. Mereka kelihatan mengadakan perbualan yang mesra dalam dialek Hakka.

11.00am: Jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 28.59 peratus atau 7,313 orang.

10.55am: Hujan renyai-renyai di sekitar pusat pengundian SMK Agama - pekerja dan penyokong parti masing-masing berlari mencari tempat teduh.

Hujan berhenti kira-kira 10 minit kemudian tetapi awan gelas masih kelihatan menunjukkkan tanda-tanda hujan lebat tidak lama lagi.

10.24am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba dengan diiringi oleh Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di SMK Agama.

Beliau bergegas meninggalkan pusat itu dan dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat polis di Sandakan pada jam 1 petang nanti.

10.29am: Jumlah keluar mengundi sehingga jam 10 pagi adalah 23.05 peratus atau 5,897 orang.

10.03am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Agama di Taman Mawar dengan pegawainya untuk memantau perkembangan di pusat pengundian.

Beliau berkata proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak "perlahan" dalam tempoh satu jam pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang.

9.56am: Calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin tiba di perhentian pertamanya diSMK Agama di Taman Mawar, dengan diiringi naib presiden PBS, Dr Yee Moh Chai dan ADUN Sekong Samsudin Yahya.

Dengan tenang, Tsen yang dikerumuni wartawan berkata dia berpuas hati dengan jumlah pengundi yang keluar.

"Ini membawa balik kenangan lama apabila saya mengiringi mendiang suami saya melawat pusat pengundian,” katanya.

9.47am: Menurut SPR, peratus yang telah keluar mengundi setakat jam 9 pagi adalah 14.68 peratus (3,756 undi).

9.36am: Di SJK(C) Cheng Min dan SK Bandar Sandakan, dua pusat pengundian majoriti masyarakat Cina yang terletak bersebelahan di atas bukit di bandar Sandakan, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan amat memberangsangkan.

Bas mini tidak putus-putus datang menghantar pengundi ke pusat pengundian di khaki bukit berkenaan. Kira-kira 30 pekerja BN terus berada di sana sambil disaksikan oleh sekumpulan kecil penyokong PKR. Tiada lagi perlumbaan menjerit slogan ke arah satu sama lain.

9.24am: Presiden Sapp yang juga calon Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee berkata beliau optimistik dengan peluangnya pada pilihan raya hari ini.

"Keputusan dijangka sengit tapi saya yakin (akan menang).”

Yong membidas BN dan Pakatan Rakyat yang didakwanya menakut-nakutkan pengundi dengan jerita slogan mereka serta kibaran bendera parti.

"Ini bukan budaya di sini. Jika pengundi dijerit, ini akan menakutkan mereka,” katanya.

9.06am: Penyokong BN dan Pakatan Rakyat mula melaungkan slogan masing-masing sambil mengibarkan bendera parti serta sepanduk calon masing-masing di sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian di SMK Agama di kawasan majoriti Cina, Taman Mawar.

Laungan "Hidup Rakyat!" oleh penyokong PKR ditenggelamkan oleh penyokong BN yang membalas dengan teriakan "Hidup BN!" dan "Siapa yang bawa pembangunan? BN!".

8.55am: Berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Batu Sapi, menuju ke pusat pengundian. Ia akibat kenderaan termasuk bas mini yang digunakan bagi menurunkan pengundi. Pihak polis sibuk mengarahkan lalu lintas di beberapa persimpangan tetapi keadaan masih belum pulih.

8.41am: Yong Teck Lee tiba kawasan pengundian pertama di SMK Agama Taman Mawar. Beliau, seperti pencabarnya Linda Tsen Thau Lin dan and Ansari Abdullah, bukan pemilih di kawasan tersebut.

8.15am: Di SMK Agama Sandakan di Taman Mawar - salah satu pusat pengundian terbesar - hanya beberapa orang sahaja yang turun mengundi. Ia merupakan kawasan majoriti Cina.

8.00am: Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Kesesakan jalan raya mula berlaku di depan pusat pengundian SMK agama di Taman Mawar apabila pemilih bula bergerak.

Bagi DUN ini, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calob Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR)

Daripada 12 pusat pengundian, dua akan ditutup lebih awal - satu pada jam 3 petang dan satu lagi pada jam 4 petang - disebabkan jumlah pemilih yang kecil di kawasan tersebut. Semua peti undi lain ditutup pada jam 5 petang.

Sebelas sekolah dipilih sebagai tempat pengundian manakala sebuah lagi perpustakaan daerah digunakan.
Seramai 24,047 pemilih biasa dijangka mengundi hari ini setelah pengundian pos diadakan pada Selasa dan semalam.SPR dijangka mengumumkan keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi pada jam 8 malam dengan penjumlahan undi dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 pengundi kaum lain.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Selamatkan Malaysia, Baru Sabah Boleh Diselamatkan

Oleh Dzulkarnain Taib
IMG_3748SANDAKAN - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Pilihan Raya Kecil Batu Sapi adalah ujian penting bagi Pakatan Rakyat dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.

Kit Siang berkata terdapat beberapa usaha untuk menyelamatkan Sabah sahaja tetapi kini adalah jelas negeri tersebut tidak boleh diselamatkan sekiranya Malaysia tidak lebih dahulu diselamatkan.

"Pilihan raya kecil Batu Sapi menandakan buat pertama kali dalam sejarah negara perubahan secara drastik digerakkan bermula dari sini ke seluruh Malaysia.

"Sejak Sabah menyertai Malaysia pada 1963 dan negara merdeka pada 1957, kita melihat Malaysia gagal merealisasikan potensi dengan sepenuhnya dan ia semakin menuju negara gagal. Menteri Kabinet juga mengku negara akan muflis menjelang 2019. Oleh kerana itu adalah agak mustahil membuat perubahan di Sabah tanpa menguasai Putrajaya, baru semua dasar yang merugikan negeri ini mampu di perbaiki," kata Kit
Siang pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat semalam.

Beliau menegaskan hanya dengan pertukaran kerajaan di peringkat pusat barulah perubahan menyeluruh menubuhkan satu sistem kerajaan yang bersih, bebas rasuah, telus dan adil boleh di laksanakan diseluruh negara.

"Jadi pilihan raya di Batu Sapi bukan sahaja pertandingan bagi satu kerusi Parlimen tetapi satu pertembungan politik yang akan mencorakkan landskap politik Malaysia. Najib tidak takut sekiranya Yong Teck Lee menang di Batu Sapi tetapi jika Ansari dari Pakatan Rakyat menang ini akan menjadi pencetus kepada perubahan yang lebih besar," tegasnya lagi.

Umno-BN-SPR Didakwa Bersekongkol Bawa Pengundi Hantu Masuk Ke Pusat Pengundian Batu Sapi

Oleh Dzulkarnain Taib

DSC_0844

SANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya apabila Ketua Tempat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Karamunting membenarkan seorang wanita yang dipercayai pengundi hantu untuk membuang undi di pusat pengundian tersebut.

Menurut Ketua Daerah Mengundi KEADILAN Karamunting di Bokara, Mohd Fareez Kamarul Intidzam, pengundi hantu itu membawa kad pengenalan yang menunjukkan beliau dilahirkan pada tahun 1938 iaitu berusia 72 tahun tetapi mempunyai raut wajah seorang wanita yang berumur awal 30-an.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai 'Misbah Sulaiman' mempunyai kad pengenalan bernombor 380203-12-5388 cuba mengundi di Saluran 1 tetapi menghilangkan diri setelah identiti beliau terdedah.

"Persoalannya bagaimana wanita tersebut boleh bolos di kaunter semakan SPR dan kemudiannya KTM juga seolah-olah menutup mata sebelah terhadap kehadiran pengundi hantu tersebut. Kalau benar dia pengundi kenapa mesti lari apabila kita mahu bertanyakan kepada beliau?

"Kita tuntut SPR akan lebih telus dan berhati-hati bagi memastikan tidak ada lagi kejadian seperti ini berlaku.

"Ini baru satu insiden cubaan membenarkan pengundi hantu masuk ke pusat pengundian untuk menbuang undi, bagaimana pula kes-kes yang lain?," kata Mohd Fareez.

Bantahan tersebut telah dibuat oleh salah seorang Agen Pengundian dan Pengira Undi (Paca), Latifah Varshy Ibrahim setelah menyedari percubaan mengundi oleh individu tersebut.

Beliau juga membangkitkan tentang penggunaan buku daftar mengundi yang berbeza antara apa yang gunapakai oleh SPR dan salinan yang diberi kepada parti yang bertanding.

"Kita dapati dalam buku daftar pengundi yang diberikan SPR terdapat beberapa halaman yang hilang. Apabila kami periksa dengan salinan yang ada pada SPR, halaman yang hilang itu mengandungi nama pengundi yang mempunyai nombor kada pengenalan baru seolah-olah baru
semalam kad pengenalan di keluarkan," jelas beliau lagi.

Sementara itu wakil calon, James Lim Ching Ding berkata Ketua JDM KEADILAN Jalan Sibuga telal bantahan apabila calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin didapati berbual dengan KTM di Sekolah Kebangsaan Agama Sandakan.

"Paca kita di situ telah memberitahu calon BN bahawa beliau telah melanggar peraturan pilihan raya dan pihak KEADILAN, BN dan SPR telah sama-sama menandatangani surat bantahan," jelas Lim.

Proses pengundian pada pilihan raya kecil P185 Batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi tadi secara keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Setakat pukul 1.00 tengahari 41 peratus daripada 25,582 penbgundi berdaftar di Batu Sapi telah keluar mengundi dan peratus keluar mengundi dijangka meningkat dalam tempoh 2 1/2 jam sebelum semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5.00 petang.

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Tanda Protes Kepada Calon BN

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3923SANDAKAN - Peratusan keluar mengundi yang agak rendah hari ini di Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi mencerminkan undi protes pengundi Melayu dan Cina di kawasan tersebut.

Sehingga pukul 1.00 tengahari tadi hanya 41 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi telah keluar mengundi dan jumlah ini dijangka mungkin tidak melepasi 50 peratus setelah semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5.00 petang.

Parlimen Batu Sapi mempunyai 12 daerah mengundi (DM) dengan 45 saluran mengundi.

Menurut wakil calon, James Lim Ching Ding berkata peratusan keluar mengundi yang rendah disebabkan ramai pengundi Melayu dan Cina tidak mahu mengundi calon BN dan masih membuat keputusan samada memilih antara calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Parti Maju
Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

"Nampaknya pengundi sudah membuat keputusan tidak mengundi BN dan masih menimbangakan antara KEADILAN dan Sapp. Selalunya dalam mana-mana pilihan raya sekiranya peratusan keluar mengundi adalah tinggi di kubu kuat BN, calon BN kemungkinan besar akan menang tapi di Batu Sapi keadaannya agak ganjil menandakan undi tidak pergi kepada BN," jelas James Lim.

Maklumat tidak rasmi yang diperolehi daripada Jabatan Pilihan Raya Pusat KEADILAN di Bandar Ramai-Rami mengatakan peratusan yang keluar mengundi tertinggi di catat di pusat mengundi SK Pulau Timbang di dalam DM Tronlit iaitu sebanyak 73 peratus atau 717 daripada 984 pengundi.

Selain itu DM Sekong mencatat peratusan keluar mengundi setinggi 55 peratus 429 daripada 785 pengundi.

DM Kg Gas pula mencatat 41 peratus atau 1,097 daripada 2,701 pengundi.

PAS optimis menang - Dato' Halim

GUA MUSANG, 4 Nov - PAS optimis bakal berjaya mempertahankan kerusi Dun Galas pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.

Hal tersebut ujarnya adalah berdasarkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar untuk membuang undi.

"PAS optimis berjaya mengekalkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, pada kali ini; berdasarkan peratus pengundi luar yang pulang mengundi meningkat lebih daripada 95 peratus," katanya kepada pemberita.

Malah tambahnya, antara yang turut sama pulang adalah pengundi daripada Singapura.

Katanya terdapat beberapa faktor lain yang boleh membantu kemenangan PAS pada kali ini termasuk peningkatan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Masa untuk proses pengundian kini tinggal hanya kurang daripada 30 minit sebelum ianya berakhir.

PRK Batu Sapi: "Saya calon dipilih" – Ansari


ansariOleh Charlie Rudai

SANDAKAN: Ansari Abdullah, calon PKR pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi, melihat dirinya sebagai "yang dipilih" untuk membela nasib buruk rakyat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tuhan telah memilih saya sebagai satu manifestasi terhadap ketidakcekapan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Ansari berkata, jatuh dari jeti dan buatan kayu tempat pejalan kaki ketika menjalankan kempen merupakan cara Tuhan memberi contoh yang jelas bahawa kerajaan negeri tidak pandai mengurus prasarana yang paling asas.

Beliau juga mengkritik kemudahan perubatan dan staf hospital "Duchess of Kent" yang tidak mahir kerana gagal mengesan keretakan di tulang rusuk dan bahunya yang terselioh.

Beliau berkata, hanya seorang doktor perubatan Cina yang dapat mengesan kecederaan yang beliau alami manakala pegawai perubatan yang memeriksa X-ray beliau di hospital Jumaat lalu gagal mengesannya.

Oleh kerana kekurangan kemudahan scan CAT beliau berkata, beliau terpaksa menjalani X-ray kali kedua yang mendedahkan bahawa terdapat keretakan pada dua tulang rusuknya.

Terus berkempen walaupun cedera

Walaupun demikian, kecederaan yang dialami sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkempen bagi menghadapi PRK esok. Kem PKR mendakwa parti itu hanya ketinggalan di belakang BN dalam perlumbaan peringkat akhir bagi merebut kerusi itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, mereka yakin PKR telah memintas Parti Progresif Sabah (SAPP) dari keseluruhan sokongan daripada seramai 25,000 pengundi sebelum hari mengundi esok.

Para pengundi Batu Sapi tidak rugi jika memilih Pakatan Rakyat kerana kehadiran pembangkang akan membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat," katanya.

"Kesedaran di kalangan masyarakat Cina mula timbul dan kami semakin mendapat tempat di hati para pengundi Bumiputera," katanya di pusat operasi PKR.

Katanya, parti pembangkang sekarang prihatin dengan tindakan BN memberi "habuan" pilihan raya untuk mengambil hati para pengundi.

Beliau berkata beliau terperanjat Umno dan BN berjaya mempengaruhi rakyat miskin di Sabah dengan meminta "habuan" daripada ahli-ahli politik sebagai ganti kepada undi mereka.

"Rakyat datang kepada kami dengan senarai 200 orang malahan 2,000 orang dan menyoal apa yang boleh kami berikan kepada mereka.

"Mereka menunggu untuk melihat siapa yang memberi insentif terlebih dahulu, mereka kata, "tengoklah berapa mau bagi". Inilah apa yang diajar oleh Umno dan BN," katanya.

Kemiskinan tegar

Fuziah juga membidas wakil-wakil rakyat BN yang membiarkan rakyat Sabah, termasuk di Batu Sapi yang hidup dalam kemiskinan tegar dalam tempuh beberapa dekad yang lalu.

"Mereka begitu miskin, apabila kami beri pen dan kertas kepada anak-anak mereka, mereka mengggengam erat pen dan kertas itu, kerana mereka tidak memiliki apa-apa.

Saya bimbang rakyat Sabah akan dijadikan tebusan dengan pemberian "habuan" yang kecil ini, yang kami jangka dilakukan oleh BN dalam tempuh 48 jam ini.

Fuziah juga menolak khabar-khabar angin bahawa PKR akan menarik diri dari pertandingan di Batu Sapi pada saat-saat akhir, dan menyatakan ini helah BN untuk mengelirukan para pengundi.

"Geraf menunjukkan kedudukan kita (PKR) semakin meningkat manakala Perdana Menteri diserang penyakit cacar……beliau tidak boleh menggunakan taktik yang sama seperti di Hulu Selangor dan Sibu, maka mereka terpaksa beralih kepada taktik kotor yang lain.

"PKR merupakan suarat rakyat dan kami tidak akan meninggalkan "medan peperangan." Kami memberitahu penduduk Batu Sapi bahawa kami akan berada di sini sehingga akhir," tambahnya.

Rabu, 3 November 2010

KEADILAN Lepasi Sapp, Ekori Rapat BN

Oleh Dzulkarnain Taib
AnsarianduhSANDAKAN - Menjelang hari pengundian esok, sokongan rakyat Batu Sapi terhadap Pakatan Rakyat kian meningkat dan sehingga hari ini telah melepasi Parti Maju Sabah dan kini mengekori rapat Barisan Nasional.

Calon Paerti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata setakat ini beliau telah melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain dan mendapati sambutan rakyat untuk membuat perubahan amat menggalakkan.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN.

Beliau memberitahu daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus KEADILAN mahu menarik diri dari bertanding adalah satu propaganda jahat BN.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkan rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya telah pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi telah ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital DoK.

"Tetapi, apabila sampai di sana, saya diberitahu mesin CT Scan tidak berfungsi dan saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.

Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang telah memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital DoK)," kata beliau.

BN Tabur Rasuah Secara Berleluasa Di Batu Sapi Menjelang Hari Mengundi

Oleh Dzulkarnain Taib

DSC_0726SANDAKAN - Kurang 24 jam dari hari pengundian pilihan raya kecil batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi esok, Umno-Barisan Nasional bertungkus lumus dengan memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk meredakan gelombang rakyat yang dijangka menggunakan hak mereka yang di jamin di bawah Perlembagaan untuk menolak parti itu di peti undi.

Suara Keadilan serta petugas Pakatan Rakyat telah memperolehi bukti dalam bentuk gambar dan video perbuatan Umno-BN yang menabur segala macam insentif dan gula-gula politik membeli undi di Batu Sapi.

Tinjauan di kawasan perumahan rakyat MPS di Karamunting semalam mendedahkan bagaimana bilik gerakan BN di kawasan tersebut secara terang-terangan mengagihkan lebih 30,000 keping zink yang berharga kira-kira RM18 sekeping kepada penduduk di situ.

Ketika ditanya salah seorang penerima 'bantuan' BN memberitahu setiap penerima mesti menunjukkan bukti slip daftar mengundi yang dikeluarkan oleh bilik gerakan.

Setiap pengundi mendapat 10 keping zink namun penduduk yang tidak berpeluang menikmati 'imbuhan' BN melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sikap diskriminasi terhadap mereka.DSC_0734

Di sebuah hotel terkemuka di sini Suara Keadilan mendapat maklumat BN menghulurkan RM1,000 kepada berpuluh-puluh pengundi yang pergi ke hotel tersebut untuk menerima wang tunai sebagai imbuhan unuk memberi undi mereka kepada BN.

Dua hari lalu Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor, Dr Daroyah Mohd Alwi membongkar tindakan BN yang mengepilkan wang tunai sebanyak RM30 pada setiap slip daftar mengundi di Kampung Segaliud.

IMG_3085Salah satu slip tersebut telah ditunjukkan oleh salah seorang pengundi Batu Sapi kepada Dr Daroyah."Beliau pergi ke bilik gerakan BN untuk menyemak daftar mengundi dan kemudian diberi slip yang telah dikepilkan wang. Jadi ini jelas BN memang memberi rasuah kepada pengundi," kata beliau.



Anwar Janji PR Turun Harga Minyak Sehari Setelah Tubuh Kerajaan Pusat

Oleh Dzulkarnain Taib

DSC_0839SANDAKAN - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya Pakatan Rakyat diamanahkan untuk menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak keesokkan harinya.

Anwar menegaskan ini bukan janji manis atau cakap kerana sebagai bekas Menteri Kewangan yang memegang jawatan itu selama lapan tahun, beliau tahu keuntungan hasil pendapatan mampu menampung keputusan yang bakal dilaksanakan itu.

"Saya tahu di mana wang disimpan, keuntungan Petronas sahaja melebihi RM70 bilion setahun, malah royalti minyak Sabah mencecah RM1.2 bilion tetapi harga minyak tetap dinaikkan tanpa ada belas kasihan kepada rakyat bawahan. Minyak banyak tapi harga naik.

"Adalah mustahil Umno-BN mengatakan tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat miskin sampai jeti dan jambatan roboh di Batu Sapi. Kita berjanji sekiranya kita tubuh kerajaan di Putrajaya kita merubah semuanua ini dalam tempoh dua tahun," tegas Anwar di hadapan lebih 1,000 penduduk Kampung Bahagia yang merupakan kubu kuat BN.

Atas dasar ini Anwar berkata beliau terus melawan Umno-BN yang mengabaikan derita rakyat serta mengkayakan kroni dan kaum kerabat mereka.

Beliau memberitahu hadirin jentera umno sedang membuat lawatan sambil mengedarkan 'hadiah' menjelang pembuangan pada 4 November.

"Itulah Umno, dia datang terhegeh-hegeh beri hadiah dan duit, kemudian minta mengundi kita mereka. Apa dia ingat kita kuli, hamba dia? Kita rakyat merdeka.

"Bila mereka (umno) datang beri beras, ambil! Dia beri zink satu, minta sepuluh! Dia bagi wang, ambil! Bila masa mengundi nanti, ingat, pangkah KEADILAN!" kata beliau diikuti sorakan hangat dari penduduk.

Menegaskan pendirian beliau, Anwar berkata Umno-BN melalui jentera kerajaan telah mencuba sedaya-upaya untuk menghalang perjuangan beliau.

"Umno-BN takut dengan saya kerana perjuangan saya membela rakyat. Dia mahu tangkap, biar dia tangkap. Dia pukul, memang dia pukul saya. Dia telanjang, biar! Dia penjarakan saya, tak apa tetapi bila saya keluar penjara, lawan tetap lawan!" tegas beliau diikuti sorakan meriah.

Ceramah Anwar diteruskan dengan lawatan ke Kampung Bokara dengan sambutan kira-kira 200 penduduk menunggu di sebuah rumah penduduk tempatan.

"Jika kita berjaya menang Putrajaya, insya Allah dalam masa dua tahun kita akan rubah Sabah," tegas beliau lagi.

BN TETAP MENANG TETAPI MAJORITI BERKURANG

SABAH KINI

VICTORY.... Linda menunjukkan lambang V iaitu 'Victory' atau kemenangan dengan sokongan para pengundi Batu Sapi.

Oleh : NEWMOND TIBIN & ALAN TING (BERNAMA)

PENGUNDI di Batu Sapi akan melaksanakan tanggungjawab mereka Khamis ini dalam pilihan raya kecil yang dijangka memberi kemenangan dengan majoriti yang kurang kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen, sekali gus membolehkan gagasan pemerintah mengekalkan kerusi berkenaan.

Kebanyakan penganalisis politik meramalkan bahawa melainkan berlaku halangan di saat akhir, Tsen, yang kematian suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober, hampir pasti memperoleh tiket ke Parlimen untuk meneruskan tugas mendiang suaminya yang belum selesai, sungguhpun ada yang melihat persaingan itu amat sengit dan ada di antaranya malah berpendapat bahawa pembangkang masih berupaya melakukan upset.

Chong memenangi kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum 2008 setelah memperoleh 9,479 undi dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon bebas Dr Chung Kong Wing yang meraih 5,771 undi.

Kawasan pilihan raya Parlimen Batu Sapi, yang mengandungi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Karamunting dan Sekong, mempunyai 25,582 pengundi. Daripada jumlah itu 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus Cina dan 57 atau 0.22 peratus lain-lain.

Penganalisis politik memberi kelebihan kepada Tsen berbanding lawannya Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Ketua Parti Keadilan Tuaran Ansari Abdullah, bersandarkan kepada sokongan padu daripada pengundi Bumiputera Islam dan peningkatan sokongan daripada pengundi Cina di Batu Sapi.

Bagaimanapun, pegawai parti yang bertanding dalam pilihan raya itu memberi penilaian berbeza yang memihak kepada parti masing-masing.

Mereka meletakkan penilaian masing-masing berdasarkan jangkaan jumlah yang keluar mengundi antara 65 dan 70 peratus, situasi yang serupa dalam pilihan raya umum lepas apabila kira-kira 11,000 pengundi mengambil bahagian dalam pilihan raya Parlimen bagi kerusi berkenaan.

Di atas kertas, BN melihat potensi untuk memperoleh sehingga 5,500 undi termasuk lebih 1,500 undi pos daripada anggota tentera, 1,000 pengundi Cina dan 3,000 pengundi Bumiputera yang tinggal dalam kawasan pilihan raya itu, sebahagian besarnya di kampung air dan kampung di pulau sekitarnya.

Jentera pilihan raya BN dikatakan telah menempatkan sekurang-kurangnya 3,000 daripada 5,000 pengundi Bumiputera Islam ini dan secara agresif mencari baki 2,000 pengundi yang berada dalam daftar pemilih, oleh itu memberi keyakinan untuk mereka memenangi lebih 60 peratus undi daripada Bumiputera Islam.

Golongan ini adalah kaum Suluk, Bajau, Orang Sungai, Bugis, dan Melayu Brunei, dan sebahagian besar daripada mereka merupakan nelayan miskin yang tinggal di sepanjang pantai dan di kepulauan Batu Sapi, yang terletak kira-kira 20 minit atau sejam perjalanan dengan bot dari Sandakan. Kesemua mereka membentuk 60 peratus daripada jumlah pengundi Batu Sapi.

Berdasarkan perkiraan, BN, dengan sokongan kira-kira 60 peratus daripada undi Bumiputera Islam, hanya menyasarkan untuk memperoleh 25 peratus daripada undi Cina untuk mengekalkan kerusi berkenaan.

Berdasarkan perkiraan ini, BN dijangka memenangi pilihan raya ini dengan majoriti antara 1,000 dan 2,000 undi.

Para pegawai BN turut berkeyakinan untuk mendapat majoriti yang lebih besar sekiranya jumlah keluar mengundi melepasi tahap 70 peratus, dan mengandaikan Yong tidak mendapat sokongan padu daripada pengundi Cina.

"Majoriti pengundi di Batu Sapi berpegang kepada politik pembangunan. Jenama politik pakatan pembangkang tidak dapat diterima dan konfrontasi SAPP akan menjadikan Sabah kembali mundur," kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said kepada Bernama, di sini hari Selasa.

Bagaimanapun, mereka agak bimbang berhubung siri kempen Yong, yang menurut mereka, telah memberi impak besar atau mendapat tempat dalam kalangan pengundi Cina.

Sebaliknya, sumber dalaman parti berkata SAPP menyasarkan untuk meraih 80 peratus undi Cina menerusi kempen "Sabah for Sabahans" sambil menetapkan sasaran untuk berkongsi sekurang-kurangnya 20 peratus undi Bumiputera Islam menerusi pemimpin tempatan yang berpengaruh Datuk Nahalan Damsal (seorang bekas menteri negeri dan bekas Ketua PKR Batu Sapi, yang menyuarakan sokongannya kepada Yong dan bukannya Ansari).

Nahalan dikatakan masih dipandang tinggi oleh pengundi di Sekong, satu daripada dua kerusi DUN yang membentuk kerusi Parlimen Batu Sapi selain kerusi DUN Karamunting. Sungguhpun beliau tewas atas tiket PKR dalam pilihan raya umum lepas, beliau berjaya memperoleh 2,082 undi, berbanding Adun Sekong sekarang, Datuk Samsuddin Yahya.

Bagaimanapun, SAPP telah menyuarakan kebimbangan tentang kempen berbisik oleh DAP bahawa "Yong akan membawa partinya menyertai semula BN jika beliau menang," dan dakwaan ini berkemungkinan menjejaskan peluang Yong untuk menang.

Ini menjelaskan sebab Yong mengeluarkan kritikan pedas terhadap DAP Sabah kerana mensabotaj parti yang sama-sama di pihak pembangkang.

Selain itu, DAP juga mempunyai kira-kira 1,500 anggota di Batu Sapi dan jika kesemua anggota ini dapat diyakinkan supaya mengundi PKR, maka ia dapat meleburkan peluang Yong untuk melakukan upset.

BN mengharapkan agar PKR berupaya 'mencuri' sekurang-kurangnya 1,500 hingga 2,000 undi Cina daripada SAPP, sekali gus memecahkan undi Cina secara signifikan dalam tiga cara.

"Jika PKR boleh mendapat kira-kira 1,500 undi Cina dan BN pula memperoleh lebih 1,000 undi Cina, ia akan membawa bencana kepada SAPP," kata beberapa penganalisis politik.

PKR, yang berharap memenangi pilihan raya kecil ini, menetapkan sasaran meraih 40 peratus undi Bumiputera Islam dan kira-kira 20 peratus undi Cina.

Menyedari bahawa mereka kini sekadar mengekori, jentera PKR menggandakan usaha sejak dua hari lepas, dengan melaksanakan segala strategi yang dapat difikirkan sebagai usaha terdesak di saat-saat akhir.

PKR sendiri berdepan masalah dalaman setelah pencalonan Ansari kurang dipersetujui memandangkan beliau tidak diterima baik di Batu Sapi.

Ansari, yang berasal dari Tuaran, Kota Kinabalu, terpaksa bergantung kepada penyokongnya di luar Sandakan dan beberapa pemimpin pembangkang di peringkat pusat, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar untuk meyakinkan pengundi supaya mengundi beliau.

Mereka turut menggunakan pemimpin setempat yang berpengaruh seperti Datuk Karim Ghani, seorang ahli politik veteran, dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri yang telah pun bersara, Hasbullah Taha, untuk mengusahakan undi buat Ansari.

Bagaimanapun, kempen pilihan raya PKR masih berdepan masalah apabila Ketua cabang Batu Sapi, Hassnar Ibrahim mengarahkan tokoh berpengalaman seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini supaya tidak datang ke Batu Sapi untuk berkempen.

Ini seterusnya merenggangkan sejumlah besar kalangan yang bersimpati dengan PKR untuk menghulurkan bantuan dalam pilihan raya kecil itu.

Keseluruhannya, pengundi Cina merupakan kunci utama untuk menentukan pemenang pilihan raya kecil yang sengit ini, satu ujian getir bagi meletakkan label pada Sabah selaku ‘simpanan tetap’ bagi BN.

Seperti yang dikatakan oleh para petugas BN, daripada 9,600 pengundi Cina, mereka menjangkakan kira-kira 5,500 pengundi akan keluar mengundi, dan BN percaya lebih 1,000 daripada mereka adalah anggota Parti Liberal Demokratik, Gerakan, MCA serta Parti Bersatu Sabah dan menjangkakan kesemua anggota parti terbabit akan mengundi calon parti yang memerintah.

"Kami percaya Yong akan memperoleh kira-kira 3,000 hingga 4,000 undi. Jika beliau memperoleh lebih daripada 4,000 undi, maka kami akan berdepan masalah.

"Petunjuk yang terbaik ialah, jika sehingga 2 petang 4 Nov, jumlah pengundi Cina tidak melepasi 40 peratus, maka kami perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan undi Bumiputera. Kami tidak punya pilihan melainkan membawa keluar setiap pengundi Bumiputera Islam supaya keluar mengundi," katanya.

Kebimbangan yang dikongsi bersama dalam kalangan semua parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini ialah sabotaj dalaman pada hari mengundi.

Walau apapun jua, penganalisis politik percaya bahawa jumlah undi yang diperoleh SAPP dan PKR, sekiranya digabungkan, akan mengatasi undi buat BN.

BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP

BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP

Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.

Centre for Strategic Engagement (Cense) - sebuah organisasi penyelidikan polisi politik dan awam - dalam satu laporannya mengenai Batu Sapi, meramalkan BN boleh memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperolehi 7,394 undi atau 45 peratus daripada anggaran 18,273 pemilih yang keluar mengundi Khamis ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

PKR pula dijangka menduduki tempat kedua dalam persaingan sengit dengan SAPP. PKR dijangka memperolehi 4,597 atau 28 peratus undi, manakala SAPP pula dianggarkan mampu mengautkan 4,282 atau 26 peratus undi.

Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.

Cense
bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Laporan itu menjelaskan bahawa PKR dijangka mengetepikan SAPP untuk berada di tempat kedua, berdasarkan kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu BN di kalangan masyarakat bumiputera Islam itu, yang terdiri daripada hampir 60 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi.

Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.

Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.

Selasa, 2 November 2010

PRK Batu Sapi: Wujud pakatan Musa-Ansari?


batusapibmOleh Michael Kaung

SANDAKAN: Semakin hari semakin hampir kita kepada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi, yang ditetapkan pada 4 November ini.

Desas desus terkini timbul, adakah terdapat perjanjian sulit di antara Ketua Menteri Musa Aman dan calon PKR Ansari Abdullah bertujuan untuk menewaskan Presiden Parti Progresif Sabah, Yong Teck Lee?

Adakah ini sebabnya kenapa PKR berdiam diri berhubung tindakan Musa menolak ajakan Yong untuk berdebat mengenai isu Sabah? Adakah ini juga sebabnya Umno kurang "mempersendakan" Ansari berbanding Yong?

Para pemerhati politik menyoal kenapa kem PKR tidak menyerang Musa kerana menolak cabaran Yong untuk berdebat sedangkan Musa merupakan sasaran utama pembangkang.

"PKR sepatutnya membidas Musa……seolah-olah PKR membiarkan sahaja Musa dan Barisan Nasional (BN) Adakah ini satu helah?" kata bekas ahli politik yang enggan namanya disiarkan.

Ancaman serius

Yong sejak sekian lama menjadi "duri" kepada Musa iaitu sejak pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi. Yong juga menjadi ancaman serius kepada DAP Sabah, rakan Pakatan Rakyat.

Yong mendapat tempat di hati masyarakat Cina di Sabah. Malahan beliau popular di kalangan rakyat, jika di lihat dari perkembangan di peringkat akar umbi dewasa ini, hingga digelar sebagai "taiko" oleh media.

Berbanding DAP Sabah, pengaruh Yong bukan setakat orang-orang Cina. Ketika menjelajah di kawasan Bumiputera Islam ketika kempen PRK Batu Sapi, Yong menerima sambutan hangat.

Maka disinilah terletaknya ancaman Yong kepada PKR, yang dilihat tidak lebih dari pengacau terhadap pertarungan di antara calon SAPP itu dan calon BN, Linda Tsen Thau Lin.

Apa pun yang diperkatakan dengan ragam politik Yong dan kegagalannya pada masa silam, bagi masyarakat tempatan, beliau adalah seorang tokoh yang popular sejak 2008.

Pada ketika itu, beliau menjawat jawatan ketua menteri bertindak menarik keluar SAPP dari kerajaan negeri BN Sabah. Mungkinkah ini merupakan satu ancaman bagi Umno-BN?

Dalam politik Sabah yang sentiasa bergelora, yang ramai dengan "pengkhianat" hingga membawa kepada gelaran "katak", berkemungkinan satu bentuk pemuafakatan yang ganjil tidak dapat ditolak.

Apakah bentuk pakatan Musa-Ansari?

Memandangkan beliau berkawan rapat dengan keluarga Aman sejak 1990an lagi, komen dalam blog bahawa Ansari "dipasang" oleh Musa, dalam kes Umno dan PKR, sekurang-kurangnya pada peringkat negeri, bekerjasama menentang Yong.

Kekalahan yang bakal dialami Yong nanti dilihat sebagai satu anugerah buat BN Sabah dan menjamin kedudukan Musa.

Ansari mempunyai masalahnya sendiri di Sabah. Beliau meninggalkan Berjaya dan menyertai parti baru Umno Sabah pada tahun 1990an. Beliau keluar Umno pada lewat 1990an dan menyertai Bersekutu, parti baru yang dikaitkan dengan para pemimpin Berjaya.

Menteri Luar Anifah Aman, yang sepatutnya menyertai Ansari dalam parti baru itu tetapi oleh sebab-sebab tertentu merubah fikirannya.

Sungguhpun begitu, persahabatan mereka kekal. Nama Ansari selalu dikaitkan dengan keluarga Aman.

Mungkin juga secara kebetulan bahawa setiap kali Ansari membuat lawatan rasmi ke Indonesia, Brunei atau China, Ansari juga pergi ke luar negeri.

Beberapa pemerhati melihat langkah politik yang dibuat oleh Ansari sebagai oportunis. Mereka membuat andaian bahawa hubungan Ansari dengan keluarga Aman adalah sebab kenapa beliau mendapat sokongan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Ansari tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan wang. Dalam pilihan raya umum lalu, poketnya penuh berisi. Malahan beliau mampu membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda yang baru sekembalinya dari China. Beberapa ahli PKR menyoal di mana beliau mendapat wang.

"Sebab itu ada orang berkata beliau disuap oleh Anifah. Anifah berada di China ketika Ansari juga berada di China," kata satu sumber.

Isu ketaatan

Ini menimbulkan keraguan di kalangan beberapa ahli PKR mengenai ketaatan Ansari kepada parti.

Kenyataannya yang terbaru menafikan adanya pakatan di antara SAPP dan PKR Sabah dan menyatakan PKR sanggup memberi laluan kepada SAPP bertanding melawan BN supaya wujud pertandingan satu lawan satu mengejutkan ahli-ahli parti.

"Apabila Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) meminta Yong menarik diri…..jelas PKR ingin menyertai. Tidak ada sebab untuk bertolak ansur dengan SAPP.

"Jika hipotesis ini benar, maka Anwar harus menunggu sehingga selesai mesyuarat bersama. Apabila kedua-dua parti bertemu mereka bersetuju bahawa musuh bersama ialah BN……dan mereka ingin memecah sokongan terhadap BN.

"Tapi keadaan telah berubah di antara tempuh masa mesyuarat di Penampang dan sekarang," kata sumber dalaman PKR, dan menambah, timbul khabar-khabar angin wang Sabah disalurkan untuk menyokong pemimpin-pemimpin tertentu dalam pemilihan pimpinan PKR.

Sementara itu, ketidakhadiran Jeffrey Kitingan dalam kempen Ansari juga mengibas kuat khabar angin terdapatnya "pakatan Musa-Ansari."

"Jeffrey tidak bekerja dengannya (Ansari)…….dan ramai lagi pemimpin lain yang mengelak bertemu dengannya…..tidakkah itu ganjil?, " soal seorang penyokong PKR.

Batu Sapi: Najib lulus RM16 juta besarkan Jalan Sibuga

BERNAMA

SANDAKAN — Sebanyak RM16 juta diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi melaksanakan projek membesarkan Jalan Sibuga, yang kerap mendatangkan kerumitan kepada pengguna jalan raya itu, mulai tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata berikutan rungutan penduduk kawasan itu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, beliau secara peribadi menghubungi Najib, yang juga Menteri Kewangan, pada 9.30 pagi tadi bagi meminta peruntukan untuk menaik taraf jalan sepanjang 2.75km itu.

“Perdana menteri terus meluluskan peruntukan RM16 juta dan meminta saya mengumumkannya hari ini.

“Kita akan membesarkan jalan laluan sehala itu kepada dua hala bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku di situ,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Pairin (gambar), jalan raya itu semakin sibuk dengan adanya lapan sekolah di sekitarnya, sebuah kompleks sukan, rumah warga tua, taman-taman perumahan dengan 5,000 unit rumah dan Institut Latihan Perindustrian.

Beliau juga berkata kerajaan negeri telah memberi peruntukan RM2.3 juta bagi kerja pembaikan dan penurapan 12 jalan kecil di sekitar Jalan Sibuga.

Isnin, 1 November 2010

'Hakka Mui' lwn 'Hakka Taiko' di Batu Sapi

BERNAMA


Persaingan untuk memikat hati 9,737 pengundi Cina, yang merupakan 38.06 peratus daripada keseluruhan 25,582 pengundi pada pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini, amat sengit hari ini apabila ketiga-tiga calon turun padang untuk menemui orang ramai.

Dalam persaingan yang disebut oleh banyak pihak sebagai 'Battle of Super Sunday' itu, setiap calon cuba memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk menemui sebanyak mungkin pengundi, terutama di kawasan majoriti kaum Cina.

Kebanyakan penduduk Cina di kawasan ini terdiri daripada mereka yang bertutur dalam dialek Hakka, Kantonis dan Hokkien.

Kumpulan yang menggunakan dialek Hokkien kebanyakannya tinggal di kawasan Karamunting, Kantonis di Bandar Ramai-ramai, Kampung Pukat, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung, manakala Hakka pula di Taman Mawar.

Pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah.

Oleh kerana Yong dan Tsen adalah daripada suku Hakka, maka tidak hairanlah banyak pihak menyifatkan pilihan raya kecil ini sebagai medan pertempuran antara 'Hakka Mui' dan 'Hakka Taiko'.

Bagi orang Cina, 'Mui' bererti kakak, manakala 'Taiko' bermaksud abang sulung.

Dalam perebutan untuk memanfaatkan hari kelepasan ini, calon-calon berkenaan dan jurukempen mereka kerap bertembung ketika berkempen kerana masing-masing mempunyai jadual ketat dan memberi tumpuan di kawasan serupa.

Ketika BN berkempen di kawasan Cina dan Bumiputera pagi tadi, Yong dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terserempak di Taman Mawar, kawasan yang mempunyai banyak anggota suku kaum Hakka.

Kemudian, Tsen, yang ditemani Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pula mengunjungi kawasan itu.

Ketika kegiatan berkempen memasuki fasa akhirnya, timbul pula desas-desus kononnya SAPP dan PKR mencapai persefahaman untuk memberi tumpuan di kawasan berasingan -- SAPP akan memberi fokus di kawasan Cina, manakala PKR dan parti pembangkang lain akan memberi tumpuan di kawasan majoriti Bumiputera.

Pemerhati politik percaya PKR memberi tumpuan di kawasan Bumiputera dengan tujuan memecah undi dan sebagai sebahagian daripada persiapannya untuk bertanding bagi kerusi Sekong pada pilihan raya negeri akan datang dan membiarkan SAPP memberi tumpuan ke kawasan majoriti Cina, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting.

Sekong dan Karamunting terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh kedua-dua pihak dan SAPP berkata sejak beberapa hari lepas, pihaknya telah berkempen di kawasan Bumiputera, termasuk di pulau-pulau berhampiran.

PKR pula telah membawa rakannya dalam pakatan pembangkang, termasuk pemimpin di peringkat kebangsaan seperti orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Anggota Parlimen Sibu Richard Wong Ho Leng untuk berkempen bagi calonnya di kawasan majoriti pengundi Cina.

Langkah ini mungkin menyebabkan pengundi Cina berpecah kepada tiga kumpulan dan persoalannya ialah berapakah jumlah undi yang akan diraih oleh BN dan SAPP?

Pada Pilihan Raya Umum Mac 2008, mendiang Chong memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 9,479 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Bebas Dr Chung Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

Walaupun BN meletakkan sasaran untuk memperoleh sekurang-kurangnya 25 peratus undi kaum Cina memandangkan terdapat begitu ramai penyokong tegar pembangkang di kawasan itu, tetapi calonnya berpeluang untuk menang dengan selesa melalui peningkatan undi pengundi Bumiputera, manakala PKR pula diramalkan mendapat undi yang agak banyak daripada kaum Cina.


Kemenangan Di Sibu Kejutan, Di Batu Sapi Pukulan Kepada Umno-BN

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3778SANDAKAN - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' Barisan Nasional tersebut, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon KEADILAN ke Parlimen 4 November akan menjadi pukulan kepada Umno-BN.

Berucap dihadapan lebih 1,000 penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat sini petang tadi dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat, Anwar menegaskan kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan
Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Umno-BN.

"Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.

"Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp," tegas Anwar.IMG_3781

Beliau membidas sikap Umno-BN yang tidak pernah mahu memikirkan masalah rakyat terutamanya di Batu Sapi.

"Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka. Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan," bidas Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh yang hadir.

Anwar yang juga Ketua Oposisi berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.

"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.

"Di Kedah pula selepas enam memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,00- dan macam-macam lagi," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan yang selama ini menjadi impian mereka dengan bersama-sama lakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun

Kewarganegaraan jadi modal kempen Umno BN

Rusli Yasmin

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Sabah kesal dengan tindakan menjadikan taraf kewarganegaraan dan sijil kelahiran sebagai gula-gula kempen politik Umno dan Barisan Nasional.

Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan dan Penyerahan Sijil Kelahiran Kepada Penduduk tersebut bakal diadakan pada 3 November jam 8.00 pagi di Kawasan Flat MPS Karamunting, Sandakan oleh Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Program tersebut disenaraikan di dalam kalendar aktiviti web rasmi penerangan kerajaan http://media.penerangan.gov.my/prkbatusapi.

"Pemberian taraf kewarganegaraan merupakan hak dan kedaulatan negeri ini dan tidak boleh dijadikan bahan kempen politik semata-mata terutamanya untuk meraih undi.

"Persoalannya mengapa pemberian tersebut baru sekarang diadakan ketika kempen pilihan raya, sedangkan banyak lagi waktu yang sesuai untuk mengurniakan taraf warganegara kepada masyarakat Batu Sapi yang terlibat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salman.

Salman memberitahu, BN sebenarnya telah menyalahgunakan hak dan kedaulatan negara ini sesuka hati mereka.

Menurut beliau, BN yang menerajui kerajaan pada hari ini sepatutnya mengambil langkah menyelesaikan isu kad pengenalan yang menghimpit sebahagian masyarakat di Sabah ini sejak dulu lagi.

"Banyak lagi kes-kes kad pengenalan yang belum selesai akibat kegagalan BN sebelum ini mengurus dan mentadbir dengan baik isu kerakyatan ini.

"Penyalahgunaan kuasa ini telah mengakibatkan wujudnya sentimen berunsur negatif di kalangan masyarakat tempatan sedangkan isu ini berpunca daripada mereka (BN) sendiri,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, isu kad pengenalan tidak akan selesai selagi kerajaan BN terus menjadikan kedaulatan negara dan rakyat negeri ini mangsa bagi mencapai cita-cita dan politik sempit mereka.

Beliau menyeru agar masyarakat di Batu Sapi bijak memilih pemimpin mereka yang amanah dan bertanggungjawab dan tidak terpengaruh dengan janji manis Barisan Nasional.

"Apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh BN tidak perlu di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat," tambahnya.

4 hari menjelang undi, calon PKR semakin diterima

Warta Rakyat

SANDAKAN: Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.

(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.

(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah.

Keputusan 4 Nov bukan indikasi prestasi PRU-13 di Sabah

BATU SAPI— Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menolak tanggapan bahawa keputusan Batu Sapi 4 November ini akan menjadi petunjuk prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, yang diramal bakal diadakan bila-bila masa tahun depan.

“Mungkin kami akan kalah beberapa (kerusi) dalam pilihan raya umum, tetapi kami akan menang selesa untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini baru-baru ini.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi akan diadakan Khamis ini. BN menurunkan Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mewakili Pakatan Rakyat, menamakan peguam Ansari Abdullah. Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.

Persaingan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi kelihatan sebagai referendum ke atas pentadbiran BN selama 16 tahun memandangkan kempen SAPP dan PKR memfokus soal pembangunan negeri itu.

Musa, Ketua Menteri yang ke-14 dan Pengerusi BN secara peribadi mengetuai kempen untuk menghantar Tsen ke Parlimen dengan mempertahankan rekod BN di Sabah. “Tidak adil untuk mengatakan bahawa Sabah adalah negeri yang paling miskin,” kata Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada Mac 2003.

Pembangkang mengkritik kepimpinan BN di Sabah dengan mendakwa ia gagal untuk menunaikan janji sepanjang 16 tahun menerajui kerajaan negeri.

Yong, bekas ketua menteri Sabah menegaskan, meskipun Sabah merupakan negeri kedua terkaya pada 1970-an, tetapi ia kini sebuah negeri paling miskin.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah ke pangkuan BN pada 1995, berkempen untuk Ansari dengan menegaskan, pihaknya boleh melakukan lebih baik jika diberikan mandat.

Bagaimanapun Musa mengetepikan cakap-cakap sedemikian, sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat-wakil rakyat BN melakukan kerja dengan baik demi rakyat.

Justeru beliau melahirkan keyakinan dengan peluang BN dalam pilihan raya kecil kerusi Batu Sapi minggu ini.

Katanya, rakyat Sabah tahu untuk berbudi kepada mereka yang membawa pembangunan. Musa memberitahu, di bawah BN Sabah telah berkembang sejak saban tahun dan “tiada masalah” dalam memperoleh peruntukan ekoran hubungan baik dengan kerajaan persekutuan.

“Pada pengalaman saya, selagi anda berkhidmat dengan baik untuk rakyat, memenuhi permintaan mereka, membawa infrastruktur dan pembangunan untuk mereka, mereka akan gembira,” kata beliau.

“Rakyat Sabah tahu bagaimana hendak menghargai. Mereka tahu bagaimana hendak berterima kasih jika anda membawa pembangunan,” kata Musa.

Itu sebabnya mengapa pengundi Batu Sapi tidak wajar menyokong pembangkang memandangkan mereka tidak boleh membawa dana untuk pembangunan di kawasan mereka, kata Musa lagi.

“Kerajaan persekutuan sangat positif dan sedia mengetahui keperluan negeri. “Itu sebabnya sangat penting mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dn pusat.

“Dan, itu yang saya hendak memberitahu kepada rakyat,” kata beliau.

Musa juga mengingatkan pengundi bahawa tidak berguna bagi seseorang menjadi ahli politik jika dia tidak boleh membantu pengundi mereka.

“Rakyat mahukan pembangunan,” kata beliau lagi. Kata Musa, jika rakyat mahukan seorang Ahli Parlimen yang boleh memastikan suara mereka didengar di Parlimen, maka mereka harus memilih Tsen.

“Lebih baik mempunyai seorang Ahli Parlimen dari BN sebab apabila anda bercakap, rakyat akan mendengar apa yang anda perkatakan dan apabila anda bertanya apa yang anda mahukan, anda akan memperolehnya,” kata Musa.

Sehubungan itu kata Musa, setiap apa yang beliau minta, kerajaan pusat telah meluluskan. Katanya, rakyat Sabah merupakan golongan yang mahukan wakil mereka memperlihatkan prestasi mereka dalam kerja, bukannya hanya menyampaikan ucapan-ucapan politik.

Musa juga berkata, di bawah pentadbirannya para menteri dan wakil rakyat menyedari bahawa adalah penting untuk berkhidmat kepada rakyat secara konsisten mendampingi mereka dan mengambil tahu akan keperluan dan masalah mereka.

“Seorang YB atau Yang Berhormat bukan bermaksud demikian... ia bermaksud Yang Berkhidmat kerana anda berkhidmat untuk rakyat.

“Ini yang kami lakukan dan saya bukan cakap besar, tetapi anda sendiri boleh melihat pembangunan di sini,” katanya lagi.

Musa juga menambah, adalah tidak adil untuk menuduh kerajaan persekutuan mengabaikan pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

“Kami menerima banyak peruntukan pembangunan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan memberi lebih RM15 bilion untuk pembangunan negeri. Perbelanjaan bagi keselamatan pantai adalah buktinya,” kata beliau.

“Mereka memberikan kami sejumlah wang yang banyak untuk pembangunan, jadi ia adalah pelan yang kami jual kepada rakyat Sabah,” katanya lagi.