Memaparkan catatan dengan label NGO - JATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NGO - JATI. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Hasan Ali: Masih ada ruang dakwa BSM

MALAYSIAKINI



 


Presiden NGO pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berpendapat masih ada ruang untuk mendakwa Persatuan Bible Malaysia (BSM) kerana keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mutlak.

Katanya, pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988.

Peruntukan berkenaan, yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyerbu premis BSM pada Januari lalu, boleh dikuatkuasa dan digunakan untuk pendakwaan.

Menurut Hasan, sesetengah pakar dan pengamal undang-undang menganggap keputusan Abdul Gani Patail menutup kes itu tidak bermakna kes tidak boleh diteruskan.

"Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.

Sampai masanya

"Setahu JATI, sejak Enakmen ini berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu, belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan.

"JATI berpendapat, sampailah masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.

"Persoalan sah ataupun tidaknya peruntukan yang terdapat di dalam Enakmen ini terpulanglah kepada budi bicara dan keputusan Mahkamah kelak," kata beliau

Walaupun tidak menyebut BSM secara khusus, kenyataan itu menunjukkan Hasan mahu BSM dikenakan tindakan kerana memiliki naskhah Bible terbabit.

Beliau yang juga hekas exco hal ehwal agama Selangor menyelar menteri besar yang memangku jawatan tersebut, kerana didakwa mengunci mulut mengenai keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas BSM.

"Bagi JATI amatlah malang dalam mana menteri besar seorang Muslim dengan sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim tidak dapat mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri.

"Mereka dilihat sebagai pihak yang mengiyakan sahaja kehendak rakan kongsi politik khususnya DAP, PKR dan beberapa kerat pimpinan PAS yang atas nama pakatan politik mereka sanggup membelakangkan Islam demi mengekal dan memperluaskan sedikit kuasa yang mereka perolehi," kata beliau.

Isnin, 18 November 2013

Hassan JATI Sokong Ulama - Sokongan Yang Membawa Rebah?

Kami sokong ulama, kata Jati

KELAB GREENBOC
 

PETALING JAYA: Kumpulan pembela Melayu dan Islam, Jalur Tiga Malaysia (Jati) hari ini menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kepimpinan ulama didalam parti PAS untuk muktamar pemilihan yang bakal berlangsung minggu depan.

Presiden Jati, Datuk Hassan Ali turut menempelak golongan profesional di dalam PAS yang menurut beliau adalah serpihan parasit yang cuba memecah-belahkan parti Islam itu.

Beliau turut berkata PAS pada saat ini sedang berada di persimpangan untuk memilih antara dua kelompok untuk menentukan hala tuju masa depan parti tersebut.

“Jati amat mengharapkan kelompok ulama akan terus menerajui PAS. Syukur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dan kami harap beberapa jawatan penting turut dimenangi oleh golongan ulama,”

“Kelompok profesional ini bagi saya adalah parasit yang cuba meruntuhkan asas perjuangan PAS selama ini,” beliau bertegas. Dalam pada itu, Hassan Ali berkata bahawa masanya juga telah tiba untuk PAS menimbang semula perjuangan meraka di dalam parti Pakatan Rakyat.

Beliau menambah bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS ketika piliharan raya umum yang lepas menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan besar undi orang Melayu ekoran penglibatan mereka bersama DAP dan PKR.

“Muktamar ini juga satu peluang besar untuk PAS menimbang semula hubungan mereka di dalam Pakatan Rakyat,”

“Jelas sokongan orang melayu sudah merosot kepada PAS kerana PAS sedang dilihat membawa dasar perjuangan liberal yang lari dari wadah perjuangan Islam,” Hassan menambah.

PAS lebih ke hadapan

Norman Toha yang juga Setiausaha Agung Jati pula yakin bahawa PAS akan lebih ke hadapan jika parti itu berpisah daripada Pakatan Rakyat.

Norman yang turut mengakui bahawa beliau adalah ahli sah PAS, menyoal parti itu yang dikatakan sedang menjadi alat kepada DAP dan PKR.

“PAS sudah mula lari daripada perjuangan, oleh sebab itu orang Melayu enggan mengundi PAS dan sekarang jelas PAS dilihat sebagai alat politik sahaja,” beliau menambah.

Turut diperkatakan adalah peranan beberapa individu didalam Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai gangguan untuk PAS memacu ideologi Islam yang menjadi asas penubuhan parti tersebut.

“Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara individu dalaman yang menggangu PAS. Boleh dikatakan mereka ini adalah gangguan dalaman dalam PAS,”

“PAS akan hidup semula jika kembali menjadi parti politik tunggal,”

Walaubagaimanapun, ketika disoal samada Hassan akan semula menyertai PAS, bekas ahli exco Selangor itu berkata bahawa beliau akan menimbangkan jika mendapat jemputan kepimpinan tertinggi parti tersebut tetapi turut berkata bahawa beliau harus berbincang bersama ahli Jati yang lain.

“Setakat ini tiada. Saya tidak menerima apa apa jemputan jikalau ada daripada kepimpinan tertinggi saya akan mempertimbangkan,”

“Tetapi saya harus berbincang bersama sama ahli Jati yang lain. Saya tidak rasa timbalan presiden Jati akan membenarkan saya untuk menyertai PAS,” kata beliau sambil berseloroh. -FMT


Timbalan presiden PAS: Sokongan Utusan “membawa rebah” kepada Mohd Amar?


Pertembungan satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden PAS di antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilihat sebagai pertembungan di antara kumpulan anti ulama dan pro ulama walaupun ironinya, Mohamad dan rakan-rakannya dalam Pemuda pada tahun 1982 yang membawa usul kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.

Mohamad kini dianggap sebagai mewakili golongan profesional atau Edorgan manakala Mohd Amar dikatakan mewakili suara golongan ulama.

Hari ini Mohamad umpama mendapat “vitamin tambahan” apabila akhbar milik Umno Utusan Malaysia memberikan sokongan terbuka kepada Mohd Amar bagi jawatan timbalan presiden PAS itu.

“Orang PAS ni siapa yang Utusan sokong mereka tolak,” kata seorang aktivis parti Islam itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

“Utusan Malaysia ni akhbar Umno, bila dia sokong, mesti ada agenda jahat,” katanya.

Dalam pemilihan PAS pada 2011, Utusan Malaysia memberikan sokongan kuat kepada Nasharudin Mat Isa dan bekas Timbalan Presiden PAS itu mendapat 224 undi, undi tercorot berbanding Mohamad (420 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399).

Dalam rencana yang ditulis pengarang Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar bertajuk “Memperkasa ulama dalam PAS”, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam heirarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu," kata beliau dalam tulisannya di Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Zukiflee turut mendakwa Mohamad yang dianggap sebagai “ayam sabung PAS” itu sudah menurun populariti dan kehadiran orang ramai dalam ceramah-ceramahnya semakin berkurangan.

“Jumlah kehadiran orang ramai pada ceramah beliau semakin menurun dan ada dalam kalangan pemimpin PAS sendiri berasa Mat Sabu sudah tidak relevan lagi untuk berada dalam barisan kepimpinan kanan PAS pusat apatah lagi timbalan presiden,” katanya.

Mohamad dan Mohd Amar bakal bertembung satu lawan satu dalam pemilihan PAS kali ini apabila calon-calon lain yang layak Tuan Ibrahim, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub menarik diri dan hanya bertanding merebut jawatan naib presiden.

Kemenangan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS pada 22 November ini akan menentukan masa depan parti Islam itu terutamanya sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau keluar daripada gabungan itu.

Mohamad dilihat sebagai mewakili kumpulan yang mahukan PAS terus bersama PR manakala Mohd Amar pula dilihat sebaliknya.

Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutamanya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.

Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merupakan “penyokong kuat” Mohamad daripada PR walaupun tidak boleh mengundi dalam pemilihan PAS kali ini.

“Mat Sabu memainkan peranan positif dalam Pakatan Rakyat. Beliau dilihat sebagai seorang negarawan,” kata Lim kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menurut Lim, beliau mula mengenali Mohamad secara rapat apabila kedua-duanya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting pada tahun 1987, semasa Operasi Lalang dilancarkan.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi mengumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama Harun mengekalkan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding.
– TMI 10 November, 2013.


ULASAN GB

GB tangguhkan seketika untuk membuat sebarang komen dan ulasan. Tunggu posting selepas ini. Stay tuned!

Khamis, 19 April 2012

Hasan Ali: Isu persenda Raja

HASAN MOHAMED ALI

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
SAYA ingin mengulas tentang satu berita yang dilaporkan oleh Dr Rahman Kadir, seorang pengamal perubatan tentang  tindakan mengejek dan mempersenda pimpinan Negara termasuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Dipertua Negeri oleh beberapa tokoh ahli  parlimen pembangkang  ketika  upacara pertabalan Duli  Yang  Maha Mulia Yang  di-Pertuan Agong pada 11 April yang lalu.

Saya menyambut  baik cadangan untuk menubuhkan badan penyiasat bagi menyiasat peristiwa yang mencacatkan upacara pertabalan tersebut sehingga ada pihak mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat insiden yang berlaku. Ini menggambarkan seriusnya perkara yang berlaku dari kaca mata berbagai pihak termasuk rakyat di Negara ini.

Bagi saya insiden tersebut sekiranya benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan. Setakat  yang  saya mengenali individu-individu yang  terlibat, mereka memang mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara  yang sukar diterima akal. Ini mungkin hasil dari desakan parti  yang  mereka wakili dan beberapa golongan di dalam parti masing-masing  yang memandang remeh terhadap Institusi Raja. Saya tidak perlu menoleh ke belakang untuk memaparkan insiden-insiden hitam yang pernah berlaku di Perak dan Negeri Selangor.

Selama ini mereka juga berbicara mengenai ketaatan kepada raja yang memerintah. Jelas daripada insiden tersebut sekiranya berlaku, ketaatan yang mereka laungkan tidak lebih daripada satu pengucapan yang  tidak mempunyai banyak kerti.  Di hadapan masyarakat Melayu mereka berhujah tentang kepentingan institusi raja tetapi yang tersembunyi dihati mereka sebenarnya ialah apa yang dipertontonkan dalam peristiwa pertabalan itu.

Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya pihak-pihak yang terlibat yang merupakan golongan  yang  selama ini dimuliakan dengan berbagai cara yang disusun oleh orang-orang terdahulu. Saya juga dapat merasakan betapa kecewanya rakyat Negara ini mendengar tentang insiden tersebut lantaran rata-ratanya rakyat memahami kedudukan Insitusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan serta apa yang boleh dilakukan oleh institusi tersebut dalam menjamin keutuhan negara.

Tindakan beberapa pemimpin pembangkang itu (sekiranya berlaku) sesungguhnya merupakan satu tindakan yang keji dan tidak sepatutunya dilakukan oleh mereka yang dipilih oleh rakyat  yang sepatutnya menjadi juru bicara kepada mereka. Sayangnya semata-mata atas kepentingan politik yang tidak matang maka ahli-ahli parlimen yang terlibat itu sanggup bertindak sedemikian dengan disaksikan seribu tetamu pilihan termasuk wakil-wakil Negara asing.

Jika benar seperti yang dilaporkan, di mana kewajaran ahli parlimen pambangkang tersebut sehingga sanggup memperleceh, memperlekeh dan menghina pimpinan tertinggi negara dan batang tubuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Di Pertua Negeri. Saya juga tertanya-tanya tentang darjah kesiuman pemimpin pembangkang tersebut  yang  seolah-olah lupa siapa diri mereka, dalam maji sapa mereka berada dan siapa yang memerhatikan mereka.

Saya yakin cuti upacara khas pertabalan telah membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat tua dan muda termasuk kanak-kanak berada di hadapan kaca tv untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah tersebut. Mereka dapat menyaksikan betapa syahdunya majis tersebut. Mereka juga dapat menyaksikan unsur agama Islam yang jelas terpancar dari awal hingga ke akhir di sepanjang upacara pertabalan. Dalam suasana itu tiba-tiba timbul cerita ada dari kalangan mereka yang terpelajar,  terdidik dan ternama melakukan perbuatan sumbang yang sudah tentu mencacatkan upacara yang diadakan dan sekaligus membabitkan maruah negara.

Bagi saya pendek benar akal dan pemikiran ahli Parlimen yang  terlibat. Bagi saya juga golongan seperti ini tidak harus diberi tempat menghadiri majlis-majlis rasmi kerana kegagalan mereka mengawal diri dan menunjukkan  akhlak terpuji standing dengan kedudukan mereka di mata rakyat.

Di sebaliknya, saya menyetujui saranan pihak-pihak tertentu termasuk badan-badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk menyiasat sedalam-dalamnya peristiwa ini. Saya juga dengan sukacita menyeru supaya insiden ini tidak dibenarkan berlalutan padanya tindakan drastic dari pada pihak  yang berkuasa. Manusia seperti ini tidak sepatutnya menjadi pilihan rakyat.

Saya tidak dapat menggambarkan seandainya ditakdirkan mereka menguasai Putrajaya, bayangkan apa jenis budaya yang mereka akan cernakan untuk masyarakat  Malaysia terutamanya di pihak generasi pengganti.  Saya berharap rakyat  Malaysia tidak memperjudikan masa hadapan mereka. Insiden yang dilaporkan berlaku sebenarnya bukan insiden yang isolated, tetapi inilah brand budaya baru yang akan mereka terapkan.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Dr Rahman Kadir  yang telah menimbulkan perkara ini. Saya percaya atas kesedaran sivik yang tinggi doktor perubatan tersebut telah keluar daripada lingkungan perubatan yang dipertanggungjawabkan untuk memaparkan peristiwa hitam yang berlaku kerana bagi beliau perkara tersebut bukan sesuatu yang kecil dan remeh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang terlibat. Remehkah sesuatu  yang berkait langsung dengan sistem pemerintahan negara? Remehkah insiden yang  berlaku itu jika ditinjau dari sudut keberlangsungan sistem Raja Berperlembagan? Akhirnya remehkah insiden itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan upacara itu adalah sebahagian daripada “the pride of the nation”?

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

Khamis, 5 April 2012

HASSAN JATI DIEJEK - MAHU CAKAP SOAL AKIDAH ATAU KUTUK PAS?


Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali Di Parit Buntar Kena Ejek Dengan Orang Kampung
Oleh Addin


Gambar kat atas ini ialah ceramah Hassan Ali di Parit Buntar. Jikalau perhatikan betul-betul kemudahan- kemudahan ceramah ini di taja oleh Majlis Daerah Kerian, dan perkara ini jangan di impikan sekiranya Hassan Ali masih bersama PAS.

Menurut blog PASPB, di belakang Hassan Ali ialah Ketua Pemuda Umno Bagan Serai dan mengesahkan bahawa Hassan Ali sememangnya ditaja Umno untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya merupakan tindakan bacul orang yang bernama Hassan Ali.

Di bawah ini adalah pendedahan PASPB mengenai ceramah Hasan Ali di Parit Buntar baru-baru ini..

TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar .

"Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza".
- fb Hassan Ali
Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb

Isnin, 2 April 2012

'Video murtad' diperkecil, Hasan Ali tempelak Dr Rani

Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali hari ini menempelak Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman kerana memperkecil-kecilkan pendedahan video mengenai dakwaan kristianisasi ke atas orang Islam yang dijanjikannya hari ini.

Katanya, Abdul Rani perlu digugurkan daripada jawatan berkenaan, ekoran kenyataan ADUN Meru itu yang dilaporkan tidak menggalakkan ahli atau wakil parti itu untuk mengikuti pendedahan video berkenaan.

Dr Abdul Rani dilaporkan menyeru anggota PAS supaya menumpukan kepada perkara lebih besar isu pengundi hantu dan rasuah.

Mengulas kenyataan itu, Hasan menunjukkan rasa terkejutnya apabila Dr Abdul Rani membandingkan isu "orang masuk Kristian" seperti itu.

"Saya berharap Dr Abdul Rani balik kepada akal budi beliau, balik kepada akal murni, akal yang mencambah akidah Islamiah, akal yang menjadi pokok kepada PAS iaitu parti yang berpegang kepada akidah, syariah dan akhlak," kata Hasan.

"Inilah jenis pemimpin yang kamu (PAS) ada. Kamu patut tukar pemimpin jenis ini supaya PAS kembali ke landasan asal," katanya yang menambah, orang seperti Dr Abdul Rani itulah yang dimaksudkannya sebagai parasit dalam PAS.

Ditanya sama ada beliau akan menyerahkan rakaman video itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor, Hasan yang berkata beliau akan berunding dengan jabatan berkenaan sebelum berbuat demikian.

"Tidak mudah untuk diserahkan dan tidak sesukar untuk diterbitkan untuk tujuan itu (kepada) JAIS, MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) atau pihak Istana," katanya lagi dalam sidang media sebelum menayangkan video berkenaan di kediamannya hari ini.

Ditanya lanjut, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor berkata beliau tidak mempunyai bukti lain selain daripada video yang didedahkan hari ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit yang didedahkan itu antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Hasan yang juga bekas exco hal ehwal agama Selangor mendakwa, bukan mudah baginya untuk meyakinkan individu berkenaan untuk tampil memberi pengakuan.

Sehubungan itu, Hasan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyediakan peruntukan khusus kepada unit tertentu untuk mengadakan program untuk mencegah kegiatan memurtadkan orang Islam.

Beliau juga mencadangkan supaya menteri besar bekerjasama dengan NGO Islam seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), termasuk menggunakan kuasa sebagai exco agama untuk menggunakan masjid di peringkat negeri dan daerah bagi tujuan pencegahan gejala itu.

Isnin, 12 Mac 2012

Hasan Ali Akan Saman Dua Pemimpin Pas Kerana Fitnah

Post Pic

ANTARA POS.COM


BATU PAHAT : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali Datuk akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman kepada dua pemimpin Pas itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.
"Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.
"Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.
Ceramah berkenaan dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar daerah ini.
Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat unit di bawah KBS telah menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di
seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.
Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga JATI.

Selasa, 6 Mac 2012

JATI berkempen bagi lenyapkan Pakatan Rakyat

Apabila membicarkan isu melindungi agama Islam, NGO Jalur Tiga (JATI) yang berusia belum setahun jagung, percaya bahawa cara paling berkesan adalah memastikan Pakatan Rakyat tidak berkuasa.

NONEPada ceramah JATI di kerusi di Gombak Setia, malam semalam yang dipegang oleh pengerusinya, Datuk Hasan Ali, mereka berkempen menentang DAP dan PKR yang diistilahkan beliau sebagai "unsur-unsur parasit" dalam PAS.

Sambil mengapi-api emosi hadirin yang berjumlah 500 orang itu, penceramah Shamsuddin Munir (kanan) menuduh pemimpin bukan Islam DAP dan PKR sebagai "pelampau dan cauvinis" dan melabelkan mereka sebagai "kafir harbi".

Shamsuddin, seorang pegawai kanan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata ini adalah kerana masyarakat bukan Islam berterusan memurtadkan umat Islam.

"Mereka adalah kafir harbi dan adalah wajib melancarkan perang ke atas mereka. Dalam erti kata moden, ini bermakna tidak memberikan satu pun kerusi kepada DAP atau PKR pada pilihan raya umum ini," katanya.

Membawa tema yang sama adalah bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hassan Basri Mohamad (bawah, kiri) yang mendakwa parti itu telah dihina sedemikian rupa kerana unsur-unsur parasit itu kini mahu pemimpin bukan Islam.

NONE"Mereka mahu Ustazah Ambiga (Sreenevasan) sebagai timbalan presiden. Adakah mereka begitu kebulur pada undi bukan Islam? ... Mereka akan memeluk Ambiga seolah-olah dia adalah seorang pejuang Islam, " hasut penceramah itu.

Bagi menambah kehangatan ceramah pada malam itu, yang hadirinnya, kebanyakan mereka dalam pertengahan umur, penceramah utama - Hasan Ali - memberi amaran terdapat tanda-tanda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang melindungi kepentingan orang Melayu akan dihapuskan.

"Tanda-tanda itu jelas dalam tindakan, kata-kata dan tulisan-tulisan mereka... jika Pakatan menang besar, mereka akan menggugurkan Artikel 153 dan menggantikannya dengan meritokrasi. Itulah sebabnya kita perlu institusi diraja yang boleh menghalang ini," katanya.

Hasan yang dipecat oleh PAS dan kemudiannya digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor, kemudiannya mendakwa beliau "melepaskan" jawatannya di mana beliau mampu memperolehi sehingga RM60,000 sebulan semata-mata untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Diraja.

Jumaat, 24 Februari 2012

Dakwa Hasan Dibiayai : Khalid Harus Sertakan Bukti - Timbalan Presiden Jati

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali menyelar Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan hanya berdasarkan cakap-cakap kedai kopi berhubung pembiayaan oleh Syabas dan Puncak Niaga ketika pelancaran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu awal minggu ini.

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu menurut Aidit boleh mendatangkan fitnah kerana apa yang dinyatakan tidak disokong oleh sebarang bukti.

" Saya tak suka untuk komen perkara yang berdasarkan cakap-cakap belakang. Kalau sesiapa hendak majukan apa-apa, biar dia keluarkan bukti yang nyata,"katanya kepada AntaraPos.com.

" Kita dalam Islam pun, tak boleh cakap-cakap belakang. Nanti ia akan menimbulkan fitnah, buat dosa. Saya tidak mahu terlibat dalam semua itu,"tambahnya lagi.

Khalid pada satu sidang media di pejabatnya hari ini meminta Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menjawab sama ada benar atau tidak dakwaan itu.

Hasan dikatakan membelanjakan kira-kira RM30,000 hanya untuk melancarkan NGO itu di Pusat Konvesnyen Shah Alam (SACC) Selasa lalu.

“Sewa SACC … tak kurang daripada RM30 ribu..itu belum lagi termasuk perbelanjaan lain begitu juga dengan roadshow yang dilakukan (oleh Hasan),” kata beliau.
“Jadi timbul persoalan yang merupakan perbincangan di peringkat kedai kopi, siapa biayai Hassan Ali," soal Khalid.

Menurut Khalid lagi, cakap-cakap belakang juga menyebut, antara nama syarikat yang dikatakan membiayai Hasan Ali ialah Puncak Niaga dan Syabas.

Kedua syarikat ini dikatakan tidak mempunyai masalah untuk membiayai Hasan sehingga RM100 juta kerana mereka bakal mengaut keuntungan lebih RM1 bilion jika Selangor jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Pengurus Besar Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som ketika dihubungi AntaraPos.com menyifatkan dakwaan Khalid sebagai mengarut dan bersifat mainan politik.

" Ini tidak ada kena-mengena. Mengarut. (Jati) tidak ada kena mengena dengan Syabas. Kita tak campur urusan politik,” ujar beliau.

'Hasan Ali, siapa taja kamu?'

Kuek Ser Kuang Keng


Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad hari ini mendesak bekas exco negeri Datuk Hasan Ali menjelaskan sama ada benar dakwaan NGO barunya Jalur Tiga (JATI) ditaja dua syarikat besar.

generation 709 220711 khalid samadSambil menafikan membuat tuduhan, Khalid (kiri) yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, beliau melontarkan perkara itu supaya Hasan dapat menafikannya, jika tidak benar.

Khalid mengutarakan kemungkinan syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah kewangan sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya depan.

Hasan sebelum ini menubuhkan JATI untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja atau apa yang digelarnya sebagai IMR.

JATI, perjuang Islam atau alat Umno, soal Husam


MALAYSIA KINI
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan motif sebenar penubuhan NGO baru, Jalur Tiga (JATI), yang diketuai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali.

NONEMenurut Husam, jika JATI benar-benar ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja, maka ia sepatutnya berganding bahu dan bukannya memilih bergaduh dengan PAS.

“JATI diperalat Umno untuk menyerang PAS,” kecam Husam yang juga ahli exco kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya, jika benar pergerakan itu dibentuk kononnya untuk melindungi agama Islam, maka ia perlu dipimpin oleh seorang ulama.

"Kenapa (Mufti Perak) Tan Sri Harussani tidak mengetuai JATI sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama.

"Datuk Hasan Ali bukan ulama dan dia tinggalkan ulama (PAS). Malah menentang ulama PAS. Kontradiksi ini jelas,” katanya.

NONEHusam juga mempersoalkan mengapa JATI perlu menjaga orang Melayu sahaja sedangkan Islam melangkaui kaum dan tidak terhad kepada satu-satu bangsa sahaja.

Mengulas, ucapan yang dibuat oleh Harussani semasa pelancaran JATI bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum, Husam berkata, mufti itu telah mengambil pendekatan yang salah dan tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Tan Sri Harussani sepatutnya lebih berhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.

“Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja,” katanya.

NONEMenurutnya, kenyataan seperti itu hanya membuktikan kegagalan Umno selama ini untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Beliau turut memberikan contoh, mengenai beberapa institusi bagi membangunkan masyarkat Melayu pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang telah digugurkan.

Antaranya, Padiberas Nasional Berhad atau Bernas yang diswastakan dan tanah Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA di tengah-tengah bandar, katanya telah dijual, manakala Majlis Amanah Rakyat atau MARA makin mati fungsinya.

“Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.

“Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan Umno,” katanya.

Rabu, 22 Februari 2012

Hasan Ali akan dedah video 'pembaptisan'

Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Dr Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

NONE"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

NONE"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.

Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba.

Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor (atas).

Jumaat, 17 Februari 2012

Jati Sedia Kerjasama Dengan Semua NGO Termasuk Perkasa

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Jalur Tiga (Jati) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Jati (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, pihaknya mengalu-alukan kesemua NGO turut serta dalam memartabatkan tiga elemen yang diperjuangkannya itu.

Jati secara rasmi akan dilancarkan pada 21 Februari ini di Shah Alam dan dijangka dihadiri 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan.

"Jati adalah NGO berdaftar dengan ROS, dan sehingga kini sokong yang diterima Jati amat menggalakkan. Jati juga tidak risau persoalan sama ada dilihat mahu bersaing dengan NGO tersebut (Perkasa), kerana kita bersedia bekerjama dengan mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan IMR," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khamis, 16 Februari 2012

‘Saya tunggu kenyataan parasit sokong Anwar’

Golongan parasit dalam PAS yang menyokong agenda politik Anwar sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh, kata Hasan Ali.



SHAH ALAM: Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali mencabar golongan ‘parasit’ dalam PAS memberikan kenyataan menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status Palestin-Israel.

Golongan parasit dalam PAS yang disifatkannya sebagai pemimpin yang menyokong agenda politik Anwar selama ini katanya sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh.

“Saya tunggu kenyataan golongan profesional yang menjadi parasit ini tapi nampaknya tiada seorang pun dalam PAS yang keluarkan kenyataan tentang Anwar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah satu perkara yang amat jarang ditimbulkan terutamanya apabila mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang.

Nik Aziz kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

‘Kalau nak debat biar setaraf’

Sementara itu, ditanya tentang pelawaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ‘parasit’, Hasan berkata dirinya belum bersedia buat masa terdekat.

Tetapi, katanya akan menyahut cabaran itu hanya selepas Jati mencapai tempoh matang namun bukan dengan Khalid Samad.

“Kalau nak debat biarlah setaraf Naib Presiden atau Timbalan Presiden (PAS) dan bukannya dengan orang bawahan,” katanya yang pernah enam tahun memegang jawatan Naib Presiden PAS.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya mengenai dakwaan negara republik dalam ceramahnya sebelum ini.

Katanya, dakwaan itu ditimbulkan berdasarkan hasil tulisan dalam blog dan disebut individu tertentu namun enggan mendedahkannya secara terperinci.

Ditanya sama ada mahu meneruskan perjuangan politik dan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, Hasan berkata keputusan itu akan diumumkannya sejurus selepas Parlimen dibubarkan.

Turut baca:

Teguran Nik Aziz penuh hikmah

JATI bukan pesaing PERKASA, objektif sama

Abdul Rahim Sabri

Pengerusi penaja Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali berkata, NGO yang ditubuhkannya bukan pesaing kepada pihak lain, khususnya PERKASA memandangkan objektif penubuhan mereka yang sama.

Sebaliknya, kata Hasan, kewujudan JATI dan kumpulan pendesak Melayu itu menjadi "pelengkap dan menghargai" antara satu dengan lain.

NONEJATI yang berperanan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mempertahankan institusi Raja akan dirasmikan pada 21 Februari ini dengan motto
"Gerakan Memartabatkan Umat".

"Saya tidak bimbang, tidak ragu-ragu dan tidak ambil concern over duplication... Yang penting kita mengamalkannya.

"Kita compliment dengan mana-mana badan yang menjunjung Islam, Melayu dan Raja-raja. Aasalkan ada tiga elemen ini, kita sedia bekerja sama," katanya.

Bercakap dalam sidang media mengenai majlis pelancaran NGO itu, Hasan berkata kerjasama tersebut antaranya atas dasar mewujudkan jaringan atau dengan menganjurkan program bersama.

Menurutnya, majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada tarikh 21 Februari jam 2 petang yang akan diserikan, antaranya persembahan musik angklung mengiringi lagu nasyid Asma al-Husa dendangan pelajar.

Ia juga akan turut diserikan dengan persembahan monolog penyair dan penggiat seni Nuri Angkasa serta persembahan multimedia dan video mengenai JATI.

Hasan yang akan merasmikan penubuhan JATI berkata, pihaknya mensasarkan kehadiran kira-kira 1,000 jemputan.

Menurut Hasan, JATI akan menjanakan tiga perkara penting, iaitu mengagungkan agama Islam di Malaysia, mengamal dan menentukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang mempunyai elemen akidah, syariah dan akhlak.

Selain itu, JATI juga mahu memartabatkan Melayu termasuk menjalankan aktiviti dan membangunkan keserasian kaum bumiputera dan Melayu di Malaysia serta mahu generasi

muda memahami tugas dan tanggungjawab institusi raja serta mempertahankan institusi itu dalam konteks perlembagaan.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua eksekutif JATI, Datuk Aidit Ghazali serta tonggak utama NGO itu, Nor Azizan Abdul Majid.

Hasan berkata, keahlian JATI dibuat melalui talian mulai tarikh pelancarannya atau orang ramai boleh mengisi borang keahlian, yang menurutnya, mendapat sambutan rakyat sepanjang berlangsung siri jelajahnya.

Negeri Perak adalah negeri pertama akan melancarkan JATI di peringkat negeri pada 27 April ini.

Katanya, beliau tidak mahu NGO yang ditubuhkannya terlibat dengan politik dan beliau tidak ada masalah jika ahli JATI mahu bertanding dalam pilihan raya melalui parti masing-masing atau sebagai calon bebas.

"Tidak boleh membawa logo, nama yang membabitkan JATI dalam gelanggang politik," katanya.

Sementara itu, Aidit berkata 1,000 jemputan itu di majlis pelancaran JATI minggu depan terdiri daripada kumpulan NGO belia, wanita, usahawan serta kumpulan profesional.

Khamis, 9 Februari 2012

Jati : Bukan Islam Tak Perlu Gelisah, Kata Hasan

Post Pic



KUALA LUMPUR : Masyarakat bukan Islam tidak perlu berasa tersisih dengan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), JATI yang akan ditubuhkan secara rasmi pada 21 Febuari depan, kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Hasan berkata, walaupun perjuangan JATI bertumpu kepada IMR iaitu singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-raja, hak bukan Islam tetap terjamin menurut Perlembagaan Malaysia.

"Bila saya kata IMR, orang bukan Islam jangan rasa tersisih. Dalam perlembagaan kita tak seorang pun terkeluar daripada garis, ruang atau tak dapat ruang, keselesaan dan hak di dalam negara ini.

"Jangan takut dan bimbang. Islam tak menyisihkan (orang lain, Melayu tak menyisihkan (orang lain), manakala Raja-raja adalah 'point of solidarity, togetherness and convergence' (titik perpaduan, bersatu hati dan pertemuan)," katanya lapor Bernama.

Beliau berkata, penubuhan JATI seolah-olah ditunggu-tunggu masyarakat dan mendakwa ribuan orang sudah menyatakan berminat untuk menyertai pertubuhan itu.

"Dah ramai yang bertanya mana borang untuk diisi, dah wujud atau belum laman web dan sebagainya. Alhamdulillah," kata Hasan, yang juga pernah menjadi Naib Presiden PAS selama lima tahun.

Katanya, struktur organisasi JATI sedang disusun dan diketuai oleh seorang presiden tetapi ia bukan sebuah pertubuhan politik.

"Jadi tekanan ke arah itu (kewujudan JATI) tak payah didesak. Our forte is (Kekuatan kami ialah) aqidah Islam, Melayu yang reflect the authenticity ofIslam (yang menggambarkan ketulenan Islam)," katanya.

Beliau berkata walaupun JATI tidak bermotifkan politik, anggotanya tidak akan dihalang sama ada secara bergabung sesama mereka atau secara individu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada ia akan dianggotai oleh nama-nama besar, beliau berkata ia bergantung pada pandangan seseorang individu tetapi sebahagian besarnya adalah aktivis.

Hasan berkata pada masa ini penubuhannya bukan bertujuan mewujudkan satu lagi parti politik berasaskan Islam.

Isnin, 6 Februari 2012

Ikut Nafsu, Dewan Ulama nasihat Hasan Ali

malaysiadaily
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik parti itu.

Walaupun kenyataan Hasan dikatakan langsung tidak memberi kesan ke atas Pas, namun Nik Zawawi menggesa Hasan supaya tidak sesekali mengikut hawa nafsu.

Nik Zawawi turut meminta bekas pemimpin Pas itu berjuang demi kepentingan agama sebagaimana yang pernah diperjuangkannya ketika berada dalam parti itu.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

“Dia bebas berkata apa sahaja kerana dia bukan lagi ahli Pas tetapi kita harap supaya dia berfikir dengan baik. Jangan ikut nafsu tetapi bergeraklah demi kepentingan dan perjuangan Islam,” katanya.

Hasan terus mengkritik beberapa pemimpin Pas dan mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Khalid merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat Pas dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah alam serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.

Sementara itu, berhubung kenyataan Hasan bahawa beliau akan menubuhkan Jati iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan, Nik Zawawi berkata, Hasan boleh berbuat apa sahaja kerana sudah tidak lagi terikat dengan Pas.

Pertubuhan itu yang didakwa Hasan sebagai kuasa ketiga dalam politik negara juga dilihat tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Pas.

Dalam kenyataan Hasan, beliau menegaskan Jati akan menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara, namun belum memutuskan sama ada ia akan menyokong parti memerintah atau sebaliknya.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu tidak bimbang dengan kenyataan itu yang menggambarkan cita-cita besar Hasan dalam Jati.

“Ia tidak membabitkan Pas dan ahli-ahli Pas juga tidak terpesong. Itu hanya pandangan individu. Tidak menjejaskan apa-apa pun dan itu hak dialah,” katanya. -SH

Rabu, 1 Februari 2012

Pemuda PAS Syak Umno Taja Jati & Dr Hasan Ali

MALAYSIA CHRONICLE


PETALING JAYA- Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai 'Jati' oleh Datuk Dr Hasan Ali sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu termasuk mengaitkannya dengan Umno.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan agenda yang diperjuangkan Jati iaitu untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu.

"Saya melihat gerakan yang cuba dilakukan oleh Datuk Dr Hasan ini jelas merupakan satu perancangan yang ditaja oleh pihak tertentu.

"Dengan melihat agendanya untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, ia memberikan persepsi bahawa ada kaitan dengan sebuah parti politik yang memperjuangkan slogan bangsa, agama dan negara," katanya di sini, Rabu.

Dalam pada itu Raja Ahmad turut mencabar Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu agar bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya tidak terkejut selepas ini Datuk Dr Hasan akan bertanding atas tiket Umno. Ini kerana semua program penerangan dan ceramahnya di seluruh negara telah diuruskan oleh Umno.

"Bagi saya, Datuk Dr Hasan boleh memilih mana-mana kerusi yang ingin beliau tandingi pada PRU-13 nanti.

"Bagi pihak PAS, kami bersedia bertembung dengan beliau yang menjadikan isu parasit sebagai tiket untuk menyerangan PAS," tegas beliau.

Pada Isnin, Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu mengumumkan penubuhan Jati yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.

Menurut Hasan, Jati mahu berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.-mStar

Hassan Ali "Masih Fikir" Rayu Pemecatannya

Post Pic

ANTARA POS.COM


BANDAR BARU BANGI – Selepas menyelar kalangan pemimpin Pas sebagai parasit, Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau belum membuat keputusan samada akan merayu tindakan parti itu memecat beliau awal bulan lalu.

Tarikh akhir untuk beliau berbuat demikian adalah 7 Februari. Ketika berceramah di Bandar Baru Bangi semalam, Hasan berkata beliau akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi.
"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".

Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.

Kelmarin Hasan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Parlimen Khalid Samad sebagai parasit dalam parti itu yang dimaksudkan beliau sebelum ini sebagai perosak parti dan agama.

Hasan dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu dan kurang seminggu kemudian digugurkan sebagai Exco Agama, Adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur.

Beliau mendakwa Pas kini dibawah telunjuk Parti Keadilan Rakyat dan ini diserlahkan dengan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama daripada Pas.

Malam tadi, selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.

Dalam ceramahnya itu, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya mengekang penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membawa tindakan sedemikian.
"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.

Hasan menggesa rakyat untuk memberikan sokongan penuh kepada usahanya menubuhkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan bergelar Jati untuk membawa wadah perjuangan agama, hak orang Melayu Raja-Raja Melayu yang bebas daripada politik sempit kepartian.

Jati akan dilancarkan pada 21 Febuari ini.

Selasa, 31 Januari 2012

Hasan Ali tubuh JATI teruskan perjuangan

MALAYSIA CHRONICLE


SHAH ALAM- Bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di sini.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai UMNO.

Mengulas JATI, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari depan.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan JATI bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya.- BERNAMA