Brahmadeo Mandal, 84, dikatakan menerima lebih dos itu dengan menggunakan kad pengenalan yang berbeza dan nombor telefon bimbit ahli keluarganya.
Mandal yang dikatakan seorang pesara kakitangan jabatan pos, telah menerima suntikan pertama pada 13 Februari tahun lalu.
Selepas itu, Mandal mengambil suntikan pada Mac, Mei, Jun, Julai dan Ogos.
Dia mendapat lagi suntikan pada bulan September dengan menggunakan kad Aadhaar yang memaparkan 12 nombor unik kepada setiap warganegara dan kad pengundi.
Akhir tahun lalu, Mandal mendakwa telah mendapat 11 suntikan dos vaksin Covid-19.
“Kerajaan melakukan yang terbaik,” katanya.
Kerajaan India meluluskan pemberian dua dos vaksin untuk warganegara dan mulai hari ini, dos penggalak dibenarkan bagi kakitangan penjagaan kesihatan, petugas barisan hadapan dan mereka yang berumur 60 tahun keatas yang mempunyai komorbiditi.
Sementara itu, pegawai daerah di kawasan tersebut mengarahkan siasatan dijalankan berhubung kes berkenaan.
Mandal telah menyerahkan kad Aadhaar dan nombor telefon bimbitnya sekurang-kurangnya lapan kali.
Dia juga menggunakan kad pengenalan pengundi dan nombor telefon bimbit isterinya sebanyak tiga kali. -SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan