Sabtu, 18 September 2021

Tujuh lelaki terperangkap di Sungai Kedondong

KUALA LUMPUR: Semua sembilan lelaki yang terperangkap ddi kawasan batu di Sungai Kedondong, Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu, malam tadi, akibat kejadian kepala air berjaya diselamatkan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata semua lelaki berkenaan berusia antara 16 hingga 20 tahun sudah dibawa ke tempat yang lebih selamat.

"Maklumat terkini semua yang terperangkap di sungai berkenaan akibat arus sungai deras kerana kejadian kepala air sudah dibawa ke tempat yang lebih selamat," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.55 malam.

Beliau berkata, susulan itu, sembilan anggota menaiki sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota tiba pada jam 8.27 malam dan mendapati dua daripada sembilan lelaki terbabit berjaya melepasi sungai itu, manakala tujuh lagi rakannya masih terperangkap.

"Mereka tidak lemas selepas dilihat masih berada di kawasan batu berkenaan," katanya.

Tiada ulasan: