Rabu, 15 September 2021

Tuan Guru Pak Teh Mad meninggal dunia akibat COVID-19

Astro Awani
Tokoh Ulama Kedah yang juga pengasas Pondok Ahmadiah Kuala Nerang (Pondok Pak Teh Mad), Ahmad Muhammad Noor, 96, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Nerang, pada jam 12.57 tengah malam tadi.
 
Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Wan Khairuddin Ahmad, yang menyatakan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi doktor yang merawatnya.
 
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Gelanggang, Padang Terap,” katanya ketika dihubungi.
 
Jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh pihak hospital mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Waktu pengebumian akan dimaklumkan selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital,” katanya.
 
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang pada Ahad selepas mengalami sesak nafas dan didapati positif COVID-19.

Tiada ulasan: