Khamis, 2 September 2021

Selepas Tun Faisal, giliran Papagomo pula digantung keahlian 6 tahun

Seorang Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo digantung keahlian selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti.

Tindakan gantung enam tahun tersebut terhadap Papagomo hampir sama dikenakan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang turut menerima nasib sama pada Mac lalu.

Papagomo akan digantung keahliannya bermula 27 Ogos lalu.

Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh hari ini (1 September) dan ditandatangani Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 27 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa saudara digangtung hak-hak keahlian dalam parti […] selama tempoh enam tahun berkuatkuasa dari 27 Ogos 2021 atau dua penggal pemilihan UMNO,” kata surat itu yang dilihat Malaysiakini.

MT UMNO mendapati Papagomo melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti.

Ini termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti.

Papagomo dalam maklum balas segera berkata dia yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam mencadangkan UMNO menjalin hubungan kerja dengan Bersatu.

Tun Faisal pada 27 Mac lalu turut digantung keahliannya selama enam tahun.

Tiada ulasan: