Rabu, 22 September 2021

Pindah RM13 juta ke Kanada: Mukhriz nampaknya ‘terkejut’, kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam berkata, transaksi 
wang berjumlah RM13 juta berlaku ketika Mukhriz Mahathir menerajui kerajaan 
negeri sebelum ini.

ALOR SETAR: Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah sebanyak RM13 juta ke akaun bank yang berpangkalan di Kanada tidak dilakukan oleh pendahulunya, Mukhriz Mahathir, tetapi hanya ketika beliau menerajui kerajaan negeri.

Menteri besar Kedah itu berkata, Mukhriz nampaknya “terkejut” dengan pendedahannya mengenai hal berkenaan semalam.

Semalam, Sanusi mendedahkan terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang ke akaun bank yang berpangkalan di Kanada.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

Tiada ulasan: