Selasa, 14 September 2021

PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam negara terkawal

Athirah Huda Zalhe

Tiada terima maklumat mengenai sebarang bentuk ancaman: KPN

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara terkawal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berita bahawa pihak kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah-rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini PDRM tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak gusar dan membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat, katanya.

“Pemantauan juga akan ditingkat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat ketenteraman awam dan keharmonian di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tiada ulasan: