Khamis, 16 September 2021

Meterai MoU – Shafie selar PH dalam Dewan Rakyat

MGF07012020_SAMBUTAN-KRISMAS-DAN-TAHUN-BARU-2020-PRK-KIMANIS_11
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyelar rakan pembangkangnya iaitu Pakatan Harapan di dalam Dewan Rakyat hari ini, apabila menanandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berpendirian, MoU berkenaan bukan kayu pengukur untuk membuktikan bahawa wakil rakyat mengutamakan rakyat dan negara.

“Adakah tanpa tandatangan maka kita tidak pentingkan rakyat? Adakah kita tidak tandatangan kita tidak pentingkan negara kita?

“Kita boleh berbahas di Parlimen saya boleh siring patuhi dengan undang-undang sekiranya itu menjadi satu landasan,” katanya ketika sesi perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, tindakan tersebut bertentangan dengan pendirian pembangkang sebelum ini bahawa mandat rakyat dicuri menerusi peralihan kerajaan yang berlaku sekaligus menggulingkan Pakatan Harapan sebelum ini.

“Kita lontarkan sebelum ini, selaku barisan pembangkang hari ini. Kita (pembangkang sebelum ini kerajaan) diberikan mandat oleh rakyat dicuri mandat itu .

“Ya, kita akui betul, kita setuju dan sekarang tandatangan pula MoU dengan mereka, kiya tidak sedar itu, sebagai wakil rakyat dalam negara ini, sebagai ahli politik kita perlu tunjuk nilai yang jadi contoh,” tambahnya.

Ketua Parti Pejuang Wilayah Persekkutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini melahirkan rasa kesal kepada PH kerana mengetepikan parti itu dan Warisan dberhubung MoU bersama-sama kerajaan.

Wakaubagaimanapun, Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke menegaskan bahawa pimpinan tertinggi pakatan itu telah berbincang dengan semua rakan pembangkang lain berhubung proses rundingan dengan kerajaan.

Mengulas lanjut, Shafie yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau sedia menyokong Akta Anti Lompat Parti sekiranya kandungannya menyatakan dengan jelas tentang hukuman yang akan dikenakan kepada Ahli Parlimen yang bertindak sedemikian.

“Dan saya boleh buktikan saya beri sokongan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) itu dimeterai, tapi apakah kandungannya? Untuk mengelakkan… Adakah selepas orang itu lompat pilihan raya diadakan, adakah lepas lompat digantung dua penggal? Adakah digantung seumur hidup tidak boleh bertanding dalam politik kerana tidak menunjukkan contoh baik kepada umat negara ini? Kita mesti tahu kandungan RUU itu,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: