Ahad, 19 September 2021

Mayat seorang pekerja kelong ditemukan, seorang lagi masih dicari

 Oleh NORHAYATI YAHAYA

MAYAT mangsa yang merupakan seorang pekerja kelong di berhampiran Pulau Tengah, Klang ditemukan terapung sebelum diambil pasukan penyelamat Maritim Malaysia.

KLANG: Mayat salah seorang pekerja kelong yang jatuh laut tiga hari lepas ditemukan di kedudukan 0.1 batu nautika timur Pulau Tengah, di sini pagi tadi.

Mayat Priadi, 34, warga Indonesia itu disahkan oleh majikannya ketika proses pengecaman dilakukan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Mohd. Rosli Kassim berkata, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam lebih kurang pukul 7.30 pagi tadi.

“Operasi diteruskan bagi mencari mangsa kedua oleh pasukan Carilamat dengan Maritim Malaysia mengatur gerak bot Pengawal 26 serta dua unit jetski dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA) serta komuniti nelayan setempat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam laut bersama seorang lagi lelaki yang belum ditemukan iaitu Saw Bearry Htoo, 30, warga Myanmar.  

Kedua-dua mangsa dikatakan dilihat kali terakhir memakai baju KS Aquaculture berwarna putih dengan seluar berwarna biru sebelum dilaporkan hilang di laut. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: