Khamis, 23 September 2021

Mayat mangsa lemas sudah ditemui

 Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

Mangsa ditemui pukul 9.55 malam kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki yang dilaporkan lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak, Batang Kali, dekat sini sudah ditemui sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang sudah meninggal dunia itu dijumpai pukul 9.55 malam oleh pihak bomba.

“Mangsa yang dikenali Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Jenazah mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut,” ujarnya sebentar tadi.

Terdahulu, kegembiraan enam sahabat mandi di Sungai Batang Kali hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dilaporkan lemas dan gagal dikesan.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian pukul 4.31 petang. – K! ONLINE

Tiada ulasan: