Oleh KOSMO!
TAIPEI – Satu kajian baharu mendakwa makhluk asing menjana tenaga untuk kegunaan ‘masyarakatnya’ melalui lubang hitam, lapor portal berita MailOnline semalam.
Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Tsing Hua di Taiwan itu percaya, makhluk asing secara teorinya boleh menggunakan struktur mega yang dipanggil sfera Dyson, yang akan mengelilingi bintang dengan formasi platform orbit yang ketat untuk menangkap cahaya bintang dan menghasilkan tenaga.
Mereka turut percaya bahawa kaedah tersebut bukan sesuatu yang mustahil, selain ia boleh memancarkan cahaya yang membolehkan teleskop di Bumi untuk mengesan makhluk asing.
Sebelum ini, pada tahun 1960, seorang ahli fizik dan ahli astronomi, Freeman J. Dyson mencadangkan penggunaan pengumpul suria yang mengorbit untuk mengumpulkan semua tenaga bintang atau matahari.
“Biasanya, cakera penambahan dapat memberikan 10,000 dan bahkan lebih banyak tenaga yang boleh didapati daripada bintang seperti matahari.
“Oleh itu, daripada memburu 10,000 bintang yang sama seperti matahari, kita boleh mencari satu lubang hitam dan membina sfera Dyson di sekelilingnya kerana tindakan itu lebih berkesan,” kata ketua penyelidik, Tiger Yu-Yang Hsiao kepada blog IFL Science.
Sementara itu, menurut seorang lagi penulis kajian yang sama, Tomotsugu Goto, makhluk asing boleh menempatkan satelit besar di orbit stabil sekitar lubang hitam untuk mengumpulkan tenaga sinar-X menggunakan sesuatu yang serupa dengan panel suria.- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan