Isnin, 13 September 2021

Dana RM3.9 juta bantu sektor perikanan di Pahang

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah (tengah) dan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar (kiri) ketika melawat projek ternakan ikan sangkar di Felda Panching Selatan. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah (tengah) dan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar (kiri) ketika melawat projek ternakan ikan sangkar di Felda Panching Selatan. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Sektor perikanan di negeri ini menerima dana RM3.9 juta bagi menangani kesan pandemik COVID-19 tahun ini, meningkat berbanding RM2.8

Beliau berkata demikian selepas mengiringi lawatan Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah ke projek ternakan ikan air tawar di Felda Panching Selatan, di sini kelmarin.

Abdullah berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan berterusan bagi membantu kumpulan sasar yang terbabit dalam industri perikanan supaya dapat terus berdaya saing meskipun berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, dalam usaha mencapai pengeluaran hasil berimpak tinggi, Jabatan Perikanan juga giat memfokuskan kepada bimbingan usahawan bagi menjalankan aktiviti akuakultur secara intensif dan super intensif.

Selain itu katanya, pihaknya turut sama menyokong ternakan projek ternakan ikan khususnya patin dalam sangkar secara kluster yang menunjukkan potensi dan daya maju yang tinggi.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran ikan di Pahang bagi subsektor perikanan laut, akuakultur dan sungai tahun lalu ialah sebanyak 117,317 tan bernilai kira-kira RM940 juta.

"Walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19 sejak tahun lalu pengeluaran ikan tangkapan, akuakultur dan perikanan sungai di Pahang berada pada kedudukan lima terbanyak di Semenanjung dan tertinggi di Pantai Timur," katanya.

Tiada ulasan: