Selasa, 7 September 2021

Budak lelaki 6 tahun hilang sejak petang semalam

Oleh ASLIZA MUSA

GOPENG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Kinta Baru di sini hari ini.

Kehilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu itu disedari keluarganya pada pukul 6.30 petang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), laporan kehilangan kanak-kanak itu diterima pihaknya pada pukul 10.29 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan untuk membantu operasi pencarian.

“Maklumat kehilangan kanak-kanak itu diterima daripada pihak polis dan operasi pencarian dijalankan malam ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM dan agensi lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: