Isnin, 20 September 2021

Banjir di Bestari Jaya

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor memantau rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, hari ini.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor memantau rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, hari ini.

KUALA SELANGOR: Seramai 48 penduduk Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, dekat sini, terjejas selepas hujan lebat menyebabkan kediaman mereka dinaiki air, hari ini.

Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi, berkata mangsa terdiri daripada 16 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, bermula 12.55 tengah hari.

Beliau berkata, pemindahan dilakukan selepas rumah penduduk dinaiki air setinggi kira-kira satu meter, susulan hujan sejak semalam.

"Mangsa terdiri daripada 27 lelaki dan 21 wanita dewasa serta enam warga emas.

"Mereka ialah 11 kanak-kanak, seorang bayi lelaki dan wanita orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi pemindahan disertai Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, keadaan banjir masih terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Pemantauan masih dijalankan bagi memastikan paras air di kawasan itu surut sepenuhnya," katanya.

Tiada ulasan: