PETALING JAYA: Laman Public Health Malaysia (PHM), sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, memberikan ‘petua’ mudah untuk berdepan golongan anti vaksin.
Dalam hantaran terbaharunya di Facebook, PHM memberitahu cara yang terbaik bagi berdepan dengan individu terbabit adalah dengan menjauhi mereka.
Hal demikian kerana penjelasan, hujah dan fakta hanya memanjangkan provokasi.
“Kisah dalam sebuah keluarga, ibu bapanya mahu mendapatkan perlindungan, anak anak yang lain sangat menyokong, tetapi ada seorang sahaja yang gigih menentang.
Cukuplah ada seorang anti vaksin dalam keluarga, komuniti WhatsApp, tempat kerja, sudah cukup untuk mengharukan.
“Cara yang terbaik bagi berhadapan dengan individu sebegini adalah dengan menjauhi mereka. Penjelasan, hujah dan fakta hanya memanjangkan provokasi,” jelas PHM.
Baru-baru ini PHM berkongsi kisah si isteri yang dalam dllema apabila ‘diugut’ dijatuhi talak jika mengambil vaksin Covid-19.
Wanita itu telah mengambil vaksin secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan