Khamis, 11 Februari 2021

Institut memandu, pusat latihan penerbangan dibenar beroperasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan institut memandu dan pusat latihan penerbangan untuk memulakan operasi masing-masing bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran diberikan jawatan kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerajaan itu dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Bagi institut memandu, arahan ini merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan, kurikulum pendidikan pemandu (KPP) 01, 01 dan 03, perkhidmatan praujian pemanduan, perkhidmatan ujian teori serta praktikal litar dan jalan raya.

"Waktu operasi institut memandu dibenarkan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 malam," katanya pada sidang media harian di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Katanya, kebenaran beroperasi untuk dua sektor itu diputuskan selepas pihaknya mendengar pembentangan yang dibuat Kementerian Pengangkutan.

Tiada ulasan: