Jumaat, 24 Julai 2020

SPRM gagal lucut hak RM100,000 milik Kasitah Gaddam

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak
permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang
disita daripada akaun Kasitah di CIMB Bank Berhad adalah hasil daripada aktiviti haram.
(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam usaha melucut hak wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Kasitah Gaddam yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Shahrir Mohd Salleh, hari ini, menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita daripada akaun Kasitah di CIMB Bank Berhad adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pada Jun tahun lalu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata permohonan perlucuthakan sivil difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tiada ulasan: