Rabu, 29 Julai 2020

PM jawab lanjutan moratorium petang ini

PETALING JAYA: Persoalan mengenai moratorium bayaran pinjaman bank di sebalik gesaan pelbagai pihak yang mahu ia dilanjutkan bakal terjawab 3 petang hari ini.

Pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi RTM dan Bernama.

Muhyiddin juga akan menyentuh isu bantuan bank bersasar.

Perkembangan ini menyusuli daripada ramai ahli politik, sektor perniagaan, kumpulan majikan dan pekerja yang mahu moratorium 6 bulan itu dilanjutkan.

Mula dilaksanakan pada 1 April, bank dilapor mengalami kerugian sehingga RM1 bilion kerana moratorium itu.

Tiada ulasan: