Jumaat, 24 Julai 2020

Ahmad Maslan gagal batal tuduhan

Bekas timbalan menteri kewangan Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan untuk dibebaskan daripada tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa permohonan yang difailkan oleh Ahmad, 54, untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya pada 11 Feb lepas adalah pramatang.

Beliau turut berpandangan pertuduhan yang dihadapi bekas timbalan menteri kewangan itu tidak cacat dan berasas.

Tiada ulasan: