KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa 1 Ogos hingga 14 Ogos 2020, semua warga negara Malaysia yang datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan dikuarantin di hotel untuk kemasukan ke Sarawak.
Sampel akan diambil pada hari kedua sekiranya keputusan ujian PCR Covid-19 negatif, barulah mereka dibenarkan balik.
Majlis Keselamatan Negeri Sarawak berkata, kemasukan rakyat Sarawak dari luar negeri seperti yang diumumkan sebelum ini adalah kekal.
Beberapa hari lalu Sarawak memaklumkan hanya individu yang pulang dari luar negara dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diwajibkan menjalani kuarantin apabila tiba di Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan