KUALA LUMPUR – Para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak,
termasuk beberapa Ahli Parlimen yang berkumpul di hadapan Kompleks
Mahkamah di Jalan Duta, di sini akan dikenakan kompaun kerana
mengingkari prosedur operasi standard (SOP) akibat gagal mengamalkan
penjarakan sosial.
Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, arahan
telah dikeluarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
“Saya telah arah JSJ KL untuk ambil tindakan tawarkan kompaun
di bawah Peraturan 3 Aktiviti Terlarang Akta 342 atau
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020.
“Aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai dan jelas menyukarkan
penjarakan sosial serta Pematuhan SOP yang disarankan Ketua Pengarah KKM
mengikut Akta 342,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi pagi tadi.
Pagi hari ini, ribuan penyokong Najib dipercayai datang dari beberapa
lokasi di seluruh negara, termasuk Pekan untuk memberi sokongan moral
kepada beliau yang menghadapi pertuduhan penyewelengan dana SRC
International berjumlah RM42 juta.
Mahkamah memutuskan Najib bersalah kesemua tujuh pertuduhan. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan