Selasa, 28 Julai 2020

Kes Najib: orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Orang ramai terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa serta penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi mengikuti keputusan kes beliau atas dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, penyokong Najib mula berkumpul sejak 6.30 pagi dan berpakaian serba merah tanda solidariti terhadap bekas perdana menteri keenam itu.

Pasukan keselamatan turut berada di luar mahkamah bagi memastikan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Najib dijangka tiba pada pukul 9 pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: