Selasa, 28 Julai 2020

Najib bersalah semua tujuh pertuduhan

Kasthuri Jeevendran
MGF28072020_KEPUTUSAN-NAJIB-SRC01-681x454
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi mendengar keputusan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah di atas  tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan kehakiman beliau berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh.

Najib, 66, yang berdepan tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa itu kelihatan tenang tanpa apa-apa reaksi ketika penghakiman itu dibuat.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: