MALAYSIAKINI
Rang
Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016,
atau lebih dikenali sebagai RUU355, harus dibawa ke sidang pertama Dewan
Rakyat di bawah kerajaan baru, kata Naib Presiden Amanah Siti Mariah
Mahmud.
Katanya, PAS tidak boleh memberi sebarang alasan lagi
memandangkan parti itu kini sebahagian daripada kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
"Drafnya sudah ada. Sambung saja usaha PAS yang
terbantut sebelum ini. Selepas itu bolehlah Kelantan melaksanakan hukum
Hudud yang dijanjikan.
"Tiada lagi halangan dari 'munafiqun dan
musyrikun' PH. Jangan bagi alasan fiqh aulawiyat (keutamaan) pula,"
katanya lagi dalam satu hantaran Facebook hari ini.
RUU355 adalah
satu usul persendirian yang pernah dibawa PAS untuk meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Ia bagi
meningkatkan bidang kuasa hukuman mahkamah itu berhubung kesalahan
jenayah Syariah.
Melalui cadangan pindaan itu, mahkamah syariah
boleh mengenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding penjara sehingga
tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam
kali pada masa ini.
Pindaan itu mencadangkan seorang pesalah
boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000
dan sebatan boleh dibuat sehingga 100 kali.
Menurut Siti Mariah
lagi, PH terutama DAP dan Amanah tidak lagi boleh disalahkan jika RUU355
tidak dibawa ke sidang Parlimen untuk diluluskan.
"Dulu tuduh DAP
halang dan Amanah tidak tegakkan Islam dalam kerajaan PH. Sekarang PAS
adalah komponen Perikatan Nasional, segerakan (bawa RUU355)," katanya
lagi.
Bagaimanapun sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sidang Parlimen pada 9 Mac ini akan ditangguhkan, antara lain bagi membolehkan menteri kabinet dilantik terlebih dulu.
Ketika
pentadbiran BN, RUU persendirian itu pernah dibawa tiga kali oleh
anggota parlimen Marang yang juga presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetapi
belum pernah dibebaskan.
Selepas PRU ke-14, beberapa pemimpin PAS pernah meminta kerajaan PH memberi lebih ruang untuk perkara itu dan sekali lagi dibawa ke Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan