
Forbes Malaysia’s Richest 2020 berkata, jumlah bersih kekayaan mereka susut sebanyak 7% kepada AS$79 bilion.
Kuok yang memegang gelaran itu hampir dua dekat adalah antara empat individu yang kekayaannya merosot lebih daripada AS$1 bilion pada tahun lalu.
Turut terjejas ialah Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas Public Bank yang menyaksikan kekayaannya merosot tahun dari tempat ketiga kepada kedudukan kelima.
Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, pemilik bersama AirAsia pula menyaksikan lebih satu pertiga daripada kekayaan mereka hilang.
Selain daripada isu koronavirus yang memberi kesan kepada perjalanan udara, keputusan mahkamah membabitkan isu rasuah Airbus turut memberi tamparan kepada mereka.
”Secara keseluruhannya, 22 senarai nama menyaksikan penurunan nilai bersih mereka sejak setahun yang lalu,” katanya.
Laporan Forbes berkata, antara individu yang tersenarai ialah Tan Sri Chen Lip Keong, yang memasuki merupakan jutawan lima teratas buat kali pertama.
Beliau berada pada kedudukan keempat dengan nilai kekayaan AS$5.3 bilion.
Seorang ahli perniagaan lain iaitu Kuan Kam Hon, yang menguasai Hartalega Holdings, pembuat sarung tangan nitril yang terbesar di dunia.
Lima jutawan yang baru senarai itu pada tahun ini ialah dua beradik Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng yang berkongsi warisan kekayaan sebanyak AS$4.8 bilion yang ditinggalkan oleh bapanya Tan Sri Lee Shin Cheng, pemilik empayar hartanah dan minyak sawit.
Shin Cheng meninggal dunia Jun tahun lalu.
Manakala dua usahawan teknologi iaitu Chu Jenn Weng, pengasas ViTrox dan bekas jurutera Hewlett-Packard, Oh Kuang Eng, pemilik Mi Technovation untuk perkakasan semikonduktor.
Tan Sri Vincent Tan pula tidak terkecuali terjejas akibat kejatuhan pasaran saham.
Penurunan saham Berjaya Corp kira-kira-kira 14% sejak setahun lalu menyebabkan kekay
aannya susut 2.6% kepada AS$750 juta. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan