Seramai
18 orang aktivis, termasuk S Ambiga dan anak bekas perdana menteri
Marina Mahathir, disiasat polis susulan beberapa siri demonstrasi
selepas perubahan kerajaan baru-baru ini.
Bekas Timbalan Ketua
Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil dan Naib Ketua Pemuda Amanah Abbas
Azmi turut dipanggil untuk disoal siasat.
Kenyataan mereka
dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, dalam dua sesi
berbeza - pada jam 12 tengah hari dan 3 petang.
Kecuali
aktivis Fadiah Nadwa Fikri yang disiasat bawah tiga akta, kesemua
mereka disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan
notis sebelum berhimpun.
Fadiah turut disiasat bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka yang disiasat ialah:
S Ambiga
Marina Mahathir
Muhammad Faiz Fadzil
Fadiah Nadwa Fikri
E Nalini
Asheeq Ali
Liew Liang Hong
Wong Yan Ke
Nik Azura Nik Nasron
Amir Hariri Abd Hadi
Asmalif Abdul Adam
Abbas Azmi
Amar Atan
Beverly Joemen
Aishah Adam
Azam Mekhtar
Rennddypeper Ismail
Dobby Chew
Ridzuan Abu Bakar
Peraturan tak logik, kata Marina
Bercakap
kepada pemberita selepas soal siasat, Marina berkata peraturan notis
itu tidak logik kerana apa yang berlaku tidak dapat dijangka.
“Kalau kita tahu apa yang akan jadi 10 hari awal, barulah boleh hantar notis.
“Kalau begitu, semua orang di sini, yang hadir bersetiakawan (dengan kami) pun boleh dipanggil juga,” katanya.
S Ambiga
Ambiga pula berkata siasatan itu bukan permulaan yang baik untuk sebuah kerajaan baru.
“Lepas apa yang berlaku kamu ingat rakyat akan berdiam diri saja,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.
Sementara itu, Faiz mempertahankan tindakan mereka berhimpun.
Katanya, rakyat biasa hanya tampil menyuarakan pendapat.
“Polis
sepatutnya bekerja secara bebas dan menyiasat ahli DUN atau ahli
parlimen yang lompat parti sama ada wujud unsur-unsur jenayah yang
menyalahi undang-undang,” kata Faiz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan