Selasa, 12 Mac 2019

UM tawar semula program Sarjana Muda Farmasi

Wartawan MalaysiaGazette
MGF06022017_BANGUNANMENARA53-681x454
Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) akan menawarkan semula Program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) ditawarkan semula mulai sesi pengajian 2019/2020 selepas penubuhan Fakulti Farmasi diluluskan.

Program itu telah dihentikan sejak tahun lalu susulan saranan Lembaga Farmasi Malaysia bahawa program berkenaan tidak wajar diberi akreditasi tanpa adanya Fakulti Farmasi yang khusus demi memberi autonomi kepada fakulti tersebut.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk pandangan Dr.MaszleeMalik, Menteri Pendidikan Malaysia,Parlimen dan orang awam, Lembaga Pengarah UM telah meluluskan penubuhan Fakulti Farmasi.

Bagi tujuan itu, pihak UM juga telah mengambil segala langkah yang perlu termasuk aspek tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan lain bagi membolehkan fakulti terbaharu itu beroperasi dalam waktu singkat.

Permohonan untuk kemasukan ke Fakulti Farmasi UM akan dibuka bagi sesi kemasukan 2019/2020 dengan pengambilan kira-kira 40 orang pelajar bagi program tersebut.

Selain program itu, Fakulti Farmasi juga akan menawarkan Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Penyelidikan) akan dipinda kepada Ijazah Sarjana Sains Farmasi (Penyelidikan) dan Ijazah Doktor Falsafah (Penyelidikan).

Kementerian Pendidikan berkata, penubuhan fakulti itu semula memenuhi keperluan semasa, sekali gus melonjakkan reputasi dan kedudukan UM dalam sektor pendidikan tinggi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: