Perkahwinan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari Young Shefura Othman dan Muhamad Masyhur Abdullah berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hadir bersama ke mahkamah tersebut
Young Shefura dan Muhammad Masyhur kelihatan tenang dan berbual-bual
sebelum prosiding bermula.
Ketika melangkah masuk ke dewan
mahkamah, mereka turut kelihatan tenang.
Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah
sempat bertanya: “Kamu berdua nampak Ok sahaja”.
Namun kelihatan Young Shefura, wakil
rakyat muda DAP itu, menggelengkan kepala dan prosiding tersebut
diteruskan.
Muhammad Masyhur ketika melafazkan
cerai itu dengan lancar dan tenang berkata:
"Saya Muhammad Masyhur Abdullah
dengan ini menceraikan isteri saya, Young Shefura Othman dengan talak
satu.”
Lafaz itu dibuat jam 11.40 pagi tadi.
Mohd Saifullah membenar dan mensabitkan
jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju
untuk bercerai secara bersama.
Pada 1 Mac lalu, Muhammad Masyhur
memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Seksyen itu menyentuh pembubaran
perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan
perintah mahkamah.
Sebelum bermulanya prosiding itu,
Muhammad Masyhur turut meminta pemberita memberikan ruang kepada dia
dan Young Shefura.
“Sila bagi sedikit privacy kepada
kami,” katanya.
Kedua-dua mereka hadir ditemani
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil.
Young Shefura dan Muhammad Masyhur
berkahwin pada 24 September 2016.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan