ALOR SETAR: Politik
persepsi tanpa mengira betul atau tidak digunakan habis-habisan Pakatan
Harapan (PH) ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.+
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato'
Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, politik persepsi secara murahan itu
menyebabkan ramai rakyat terpengaruh.
“PH tidak kira sama mampu buat atau
tidak semata-mata bagi menarik sokongan rakyat. Dan akhirnya berlaku
perubahan lanskap politik Malaysia pada 9 Mei lepas,” katanya pada
perjumpaan mahabbah bersama Pergerakan Wanita Umno Kedah hari ini.
Pergerakan Wanita Umno diketuai Dato' Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah.
Pertemuan itu diadakan di Bangunan Umno
Kedah dekat sini. Kehadiran rombongan Muslimat PAS Kedah sebagai
memenuhi jemputan Pergerakan Wanita Umno bagi berkenaan merapatkan lagi
ukhuwah dan menyusun aktiviti bersama.
Siti Ashah yang juga Adun Merbau Pulas
berkata, tanpa kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dibimbangi
politik orang Melayu dan Islam terus terpinggir. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan