KOTA BHARU: Gegar Boxing Pantai Timur ‘Malu Aperr Bossku’ mengundang Dato’ Seri Mohd Najib Razak merasmikan pertandingan tersebut.
Bekas Perdana Menteri (PM) yang terkenal
dengan fenomena ‘Malu Apa Bossku’ diundang khas pada majlis perasmian,
manakala penutup disempurnakan anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Wan
Roslan Wan Hamat.
Gegar Boxing akan diadakan pada 29 dan 30 Mac di Tapak Ekspo Pantai Irama bermula 9.30 malam.
Peminat sukan itu akan dikenakan tiket berharga RM15 dan kanak-kanak RM5.
Bagaimanapun bagi peminat yang membeli tiket berharga RM50 berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Dua motosikal dan empat rantai emas antara hadiah menarik menanti pengunjung.
Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad
Fadhli Shaari berkata, kerajaan negeri tidak menghalang sebarang
aktiviti sukan selagi mengikut dasar ditetapkan kerajaan negeri.
Katanya, dalam apa sahaja program sukan peserta perlu menutup aurat.
“Berseluar hingga bawah paras lutut dan
menutupi pusat. Ia antara syarat ditetapkan kerajaan negeri yang mesti
dipatuhi penganjur dan peserta,” katanya di sini.
Pertandingan itu dianjurkan Ikatan Big Brother Pantai Timur (Ikatan). - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan